Umur pakcik itu sekitar 50an. Dia menghadapi
situasi kurang enak pabila menaiki kereta anak-anak untuk dibawa bersiar,
situasi yang mencacatkan perjalanan untuk berhibur. Sikap anak-anaknya...Ya, mereka
menjadi agresif bila sahaja mula memegang stering kereta. Pakcik itu terpaksa
menahan sabar atas keceluparan anaknya sehingga menyebabkan dada berdegup
kencang dan peluhnya mengalir walau kereta besar itu berhawa dingin.
Sifat tak sabar, menghambur kata-kata kesat terhadap pemandu lain, memarahi pejalan kaki. Pendekata apa sahaja yang menghalangi kelancaran perjalann mereka akan menjadi mangsa lidah tak bertulang anaknya.
Sebenarnya pakcik itu terlepas pandang akan sesuatu. Sesuatu yang telah diwariskan kepada anak-anaknya disepanjang 20 tahun dahulu...tanpa sedar, tanpa niat, tanpa terduga.
"Isssyyy motor ni, tak tau nak jalan tepi ke...menyusahkan orang betul, kang aku sodok kang"
"Laaa...jem la pulak, tension betul nak masuk KL. Tak habis-habis dengan jem, tak tau duduk rumah ke dorang ni semua?"
"Kereta ni tak tau nak ke tepi ke? Dah tau jalan 'slow', masuk le 'lane' kiri..tak faham undang-undang ke?"
"Bang, lampu kuning tu..laju le sikit, kang lampu merah kena berhenti lama".
"#%*?!..Mampus lagi bagus mat rempit tu..bawak motor tak ingat dunia!"
Ya..20 tahun lalu itulah perkataan yang sering diucap. Pakcik itu sedang mendidik anak-anaknya yang duduk di bahagian belakang kenderaan...mereka telah menyerapmasuk segala 'didikan' tak formal itu dan kesannya…telah diterjemahkan oleh anak-anaknya sekarang. WHAT YOU GIVE YOU GET BACK..

No comments:
Post a Comment