Aku terkesan dengan persembahan Da'i Hamidah di pertandingan akhir Da'i musim ke 3. Agar dapat kuulang baca demi mengingatkan diri sendiri juga bagi mereka yang tidak berkesempatan mengikuti penyampaian Da'i Hamidah, maka kurakam di laman blog untuk sebuah iktibar. Untuk sebuah penghayatan yang lebih, sila ikuti video persembahan beliau di You Tube.
Aku Pendosa Juga Ingin ke Syurga
"Assalaamua'alaikum Warahmatullahita'ala wabarakatuh. Bismillahirrahmaanirrahim. Alhamdulillahirabbil 'alamin. Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad Wa'ala Alihi Wa'alaihiwasallim".
"Aku pendosa juga ingin ke syurga..."
"Dosa...dosa ni yang buat hidup kita tidak menjadi tenang. Mungkin kita boleh sembunyikan keaiban kita dari seluruh manusia, tapi kita tak boleh sembunyi dari Allah Ta'ala".
"Allah berikan mata untuk melihat tapi kita gunakan mata ini untuk melihat maksiat. Allah berikan tangan tapi tangan ini yang kita guna untuk melakukan kejahatan. Allah berikan kaki tapi kaki ini yang kita guna untuk melangkah ke tempat yang haram. Ya Allah, banyak dosa kita ya Allah. Adakah dosa ini yang kau dapat ampunkan ya Allah".
"Para penonton yang dirahmati Allah sekelian, setiap anak bani Adam ini dilahirkan dalam keadaan fitrah yang baik dan bersih, tiada dosa seperti kertas kosong ini. Tetapi setiap kali kita melakukan kesilapan, melakukan dosa...ini yang menggelapkan hati kita. Menjadikan diri kita ini jauh dari Allah 'Azzawajalla".

"Allah...kotornya hati kita tuan-tuan. Seandainya Rasulullah SAW ada bersama kita pada hari ini, pasti Baginda sangat sedih. Adakah kita sanggup nak bawa dosa-dosa ini, nak bawa kesilapan ini untuk bertemu dengan Allah 'Azzawajalla tatkala Allah dah beri cukup banyak nikmat kepada kita tuan-tuan, tapi kita lupa pada Allah sedangkan Allah tak pernah lupa pada kita".
"Tuan-tuan, Allah tak hairan dosa apapun yang kita lakukan tapi Allah hairan kenapa kita tak bertaubat. Sebab itu Allah berfirman di dalam surah at Tahrim, "wahai orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha". Taubat nasuha ni apa dia tuan-tuan. Taubat nasuha taubat yang bersungguh-sungguh...kalau orang Kedah kata "taubat lahum, tak mahu buat dah".

"Allahuakbar. Bila kita dah bertaubat, kita jangan teruskan berdukacita sebab Allah tak tengok kita yang dulu tapi Allah tengok kita yang sekarang. Manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa".
"Tuan-tuan, orang yang bertaubat ini ialah orang yang dirindui oleh syurga. Seperti mana sabda Nabi SAW, "di antara golongan yang mendapat perlindungan daripada Allah 'Azzawajalla ialah seseorang yang merindui Allah tatkala bersendirian maka mengalir airmatanya". Golongan ini yang Allah akan jaga".
"Muslimin dan muslimat yang dirahmati. Bila kita dah buat dosa, kita minta ampun kepada Allah lalu Allah ampunkan dosa kita. Tapi bagaimana kita nak jaga diri kita. Kita nak jadikan kehidupan kita ini baik dan terus baik. Nabi ajar kita, "takutlah kamu kepada Allah walau di mana kamu berada". Gantikanlah kejahatan yang kita dok buat dulu dengan melakukan kebaikan hari ini. Sebab dengan dok buat amalan kebaikan hari ini yang Allah boleh padam balik...Allah boleh basuh balik kesilapan-kesilapan kita yang dulu menjadi bersih seperti kertas kosong ini".
"Allahuakbar...tuan-tuan, sama-sama kita letakkan tangan di dada, kita istighfar. Semoga Allah dapat ampunkan dosa-dosa kita".
"Astaghfirullah...wallahuta'ala a'lam wassalamualaikum warahmatullahita'ala wabarakatuh".
* tajuk dipilih dan diolah oleh Da'i Hamidah sendiri
"Astaghfirullah...wallahuta'ala a'lam wassalamualaikum warahmatullahita'ala wabarakatuh".
* tajuk dipilih dan diolah oleh Da'i Hamidah sendiri
No comments:
Post a Comment