Translate

Sunday, 12 June 2016

Syamsul Debat

Dunia dakwah diwarnai lagi...bersama seseorang yang dikenali sebagai Syamsul Debat. Tidak pula mahuku merisik dari mana datangnya gelaran debat tersebut. Tetapi demi melihat latar profil beliau yang menjadi Pengerusi Pertubuhan Alumni Debat Malaysia juga sebagai pengamal undang-undang, maka terjawablah sudah siapa beliau.

Pertama kali aku menonton rancangan beliau berceramah yang disiarkan oleh TV ALHIJRAH. Beliau petah berbicara dan bijak memanipulasi audien dengan lawak jenaka yang menggeletek hati. Aku sendiri tersenyum-senyum dibuatnya dengan lagak lakonan bersahaja oleh insan yang bernama Syamsul Amri Hj Ismail ini. Pendek kata...memang menghiburkan.

Tetapi lama kelamaan aku mula menyedari peratusan isi ceramahnya tidak seberapa. Beliau lebih tegar melakonkan aksi-aksi bahan cerita disertai memek muka yang melucukan. Loghat Negeri Sembilan yang digunapakai menghidupkan lagi bahan jenaka.

Aku tidak bersikap konservatif dalam melayan ceramah-ceramah agama yang diselit unsur-unsur lelucon. Ramai ustaz-ustaz yang memakai pendekatan 'hiburan' dalam menyampaikan ceramah agar tidak mengundang bosan para penonton.

Tetapi bila peratusan komedi mendominasi pengisian agama...jadilah ceramah agama sebagai 'Stand up Comedy' yang penuh aksi-aksi melucukan!

Ya...tidak dinafikan cermah beliau memang hidup tetapi jangan nanti tujuan penonton yang hadir lebih kepada hendak berhibur berbanding menambah ilmu.

Nilailah sendiri ya...



6 comments:

  1. Setuju sangat.. Sy mencari profile beliau benarkah seorang ustaz.. Dan terjumpa blog ni..

    ReplyDelete
  2. Elemen kecindan dan lelucon dlm mana2 sesi "ceramah" baik agama, motivasi dan apa pun jua bentuknya sangat diperlukan dlm masyarakat yg mempunyai tahap kesedaran dan kemahuan yg rendah utk menuntut ilmu seperti sekrng. Dlm masyarakat yg hampir 90% mengutamakan hiburan, maka pd pndangan saya En Syamsul Debat berjaya menarik org utk "mendatangi" wpun mungkin tidak "mnghadiri" sesi ceramah beliau. Bukan kah itu lebih baik dari mndatangi atau menonton siri2 komedi yg jauh lebih sedikit ilmu dan kesedaran yg boleh diperolehi. Pd saya kbanyakan apa yg dikongsi oleh saudara Syamsul adalah realiti dan beliau merupakan satu anugerah buat masyarakat Melayu yg sentiasa lalai, lupa, tidak cakna dan kurang ambil berat tntg hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Adakalanya isi ceramah itu mampu menyedarkn mereka yg mkn cili dan sama2 lh berdoa smoga pndengar ceramah beliau mndapat hidayah dn petunjuk. Kalau ada diantara kita yg memerlukan pngisian yg lebih berat, maka eloklah kita tambah atau ikuti kursus2 yg lebih berfokus melalui ulamak2 terbilang yg ada di negara atau luar negara.
    Pd hemat saya, saudara Syamsul telah mnggunakan kelebihan beliau dgn kesudian melibatkn diri dalam amal maaruf nahi mungkar disamping berusaha mnyedarkn umat manusia tntg akhlak, tatacara dn perkara2 yg boleh dipraktikkan dlm institusi pnting spt keluarga dan organisasi pekerjaan kita.... Alternatif begini penting dan terpulang kpd individu utk menilai. Kalau hadir cersmah yg terlmpau berat dan serius bimbang tidak terikut dan yg lebih malang tidur semasa ceramah. Generasi anak2 sekarang juga perlu kpd elemen didik hibur dan alangkah bertuahnya kalau sebhgn besar guru2 kita ada keistimewaan spt saudara Syamsul. Mesti seronok anak2 hadir kesekolah dan mndapat ilmu cara yg lebih santai dan tidak stressful. Allah hadirkn beliau di dlm masyarakat ini inshaAllah besar hikmahnya. Syabas En Syamsul. Tiada pksaan utk mngikuti ceramah beliau namunsangat amat jauh lebih baik dr ceramah yg tidak mampu "mncelikkan' mata dan mata hati atau segmen komedi yg kdg2 ada unsur yg boleh mndatangkn dosa berlipat ganda dan melalaikn. Wallahual'am

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih saudara/i di atas pandangan dan komen konstruktif..saya hargai.

      Ya..saya tidak menafikan elemen- elemen lelucon yang boleh menarik pendengar biasa untuk mendekati agama (sila baca entri bertajuk 'Aku Tak Setuju dengan Mashitah' bertarik 30Nov 2014 dan 'Aku Tidak Setuju Dengan Ridhuan Tee' bertarikh 23Nov 2015).

      Syukran Jazilan Kathira

      Delete
  3. Hari ni tuan samsul pon dtg ceramah integriti kat universiti tmpt sy kerja.dia ckp psl integriti disampaikan dlm bentuk jenaka spontan. Mcm stand-up comedy la. Bg sy okla 5 bintang bg tuan samsul. 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil isi dan biar jenaka menjadi aksesori

      Delete