Translate

Friday 1 May 2020

Menggapai Redha Allah

Aku menonton sebuah video ceramah dari Ustaz Abd Muein. Beliau menghurai bab mengaji beramai² dalam 'group wahatsapp' yang mana beliau tidak bersetuju dengan cara tersebut.

Di sini aku senaraikan hujah² Ustaz Abd Muein:

1. Pembahagian juzuk² tertentu kepada ahli.  Bermakna kesemua ahli tidak khatam keseluruhan ayat² Quran.

2. Kita sepatutnya habiskan khatam keseluruhan 30 juzu' berbanding hanya 1 atau 2 juzu' yang dibaca.

3. Beliau membandingkan dengan Imam Shafie yang khatam Quran 2 kali sehari.

4. Syaitan menipu daya ahli² kumpulan dengan bacaan Quran yang hanya sedikit sahaja.

Ini ulasan aku:

1. Tujuan diwujudkan bacaan Quran beramai² melalui 'group whatsapp' untuk kita imarahkan bacaan Quran demi meraih pahala berganda di bulan Ramadhan.

2. Ya...itu bukanlah program khatam Quran. Ia hanyalah TILAWATUL QURAN.

3. Tetapi sekiranya terdapat beberapa orang ahli dalam kumpulan tersebut yang telah khatam, bolehlah kita raikan majlis khatam Quran sebagai meraikan beberapa Qari dan Qariah yang telahpun memulakan bacaan seawal tahun dan Insyaallah khatam pada akhir Ramadhan.

4. Jika kita tidak mampu nak baca Quran dengan lancar apatah lagi nak khatamkan bacaan 2 kali sehari macam Imam Shafei...memadai kita baca 1 atau 2 juzu' sepertimana yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan. Quran adalah kata² Allah pada makhlukNYA. Membacanya pasti dapat pahala walaupun merangkak apatah lagi di bulan Ramadhan...berganda² pahala yang boleh kita raih.

5. Tipu daya syaitan? Saya tak fikir bila kita baca Quran dengan ikut kemampuan masing² merupakan tipu daya syaitan (yang menghalang kita untuk baca banyak²)...kecuali kita berbangga² dengan bacaan kita. Oleh itu baca seikhlas dan semampu yang boleh.

6. Jika kita meletak syarat yang tinggi untuk baca Quran kepada individu..rasanya ramai orang biasa² tak mampu nak buat...sudahnya akan tinggalkan terus tilawah Quran ni.
Yg mana handal² itu sahajalah yang akan pulun pahala tanpa mengajak yang lain untuk sama² imarahkan bacaan Quran.

Rasanya cara ini lagi tak betul sebab bersikap individualistik...dengan membaca seorang diri.

Kesimpulan:-

Itu hanya pandangan peribadi Ustaz Abd Muein. Pandangan beliau sesuai jika tertumpu kepada mereka² yang mahir dan berkebolehan dalam membaca dan mentadabbur Quran.

Sekiranya pandangan beliau dilontarkan kepada masyarakat umum, ditakuti makin kurang minat orang biasa² untuk memulakan membaca Quran.

Perkara yang baik dan belum menjadi amalan, harus dimulakan dengan sedikit² tanpa memberatkan mereka.

Dalam mengamalkan syari'atullah...aku berpegang kepada prinsip di bawah:

Sumber rujukan kita adalah Quran, Hadis, Ijma', Qias.

1. Selagi tiada Nas (Quran dan Hadis) yang mengharamkan...maka teruskanlah amalan baik itu.

2. Selagi tiada fatwa dan ijtihad dari ulama' (Ijma') yang melarang...teruskanlah amalan baik tersebut.

Biarlah Ustaz Abd Muein khatam Quran 2 kali sehari...berbanding kita yang membaca 2 muka surat sehari dengan niat belajar dan nak dapat pahala.

Allah tak pandang berapa kali kita khatam tetapi Allah pandang usaha² yang kita lakukan untuk dekatkan diri kepadaNYA.

Ingat ye..kita masuk syurga bukan dengan amalan² kita yang banyak tetapi dengan redha Allah!

Wallahuwa Rasul A'lam.

Selamat beramal semua 🙂

No comments:

Post a Comment