Kata Ulama jika ingin berbicara dan mengadu dengan Allah..solatlah. Dalam solat mengandungi ayat-ayat pengaduan, pengakuan mahupun permohonan seorang hamba kepada Tuhannya. Bila berbicara dengan Allah haruslah dalam keadaan tenang,bersopan dan tidak tergesa-gesa.
Analoginya jika kita memohon sesuatu bantuan dan harus mengadap orang-orang besar, apa pendekatan yang kita gunakan? Minta dengan tergesa-gesa? Cakap dengan termengah-mengah? Ketepikan adab sopan? Tentu sekali tidak! Malah kita akan jadi manusia yang paling berhemah dan tertunduk-tunduk berbicara sopan agar pengaduan dan permohonan kita diluluskan.
Ini mesejku...
Kerap apabila aku pergi berjemaah dan Imam telah memulakan solatnya, mereka yang baru tiba dan masih di luar terkejar-kejar (ada yang benar-benar berlari) untuk tidak ketinggalan rakaat tersebut. Pada hemat mereka, cara itu betul atas kapasiti jemaah. Sebenarnya perbuatan itu dilarang oleh Baginda Rasulullah kerana akan menghilangkan khusyuk di dalam solat.
Berbalik kepada analogi tadi..jika kita adalah orang besar-besar dan berpangkat, adakah kita akan memberi perhatian kepada permohonan yang tergesa-gesa dan tidak beradab? Kita sendiri tahu jawapannya. Jadi, anda fikir adakah Allah akan memberi perhatian kepada solat yang termengah-mengah disebabkan larian atlet 100m tadi? Larian dan pengejaran anda adalah sia-sia..mungkin anda terlepas dari dosa kerana tidak meninggalkan solat tetapi anda tidak mungkin menggapai perhatian dan kasih Allah.
Betulkan keadaan itu..apabila Imam telah memulakan solat, anda masuk dan berjalan seperti biasa tanpa perlu berlari. Tambah mana rakaat yang tertinggal. Walaupun Imam telah duduk tahiyat akhir..lepaskanlah peluang berjemaah itu kerana larian 100m anda bakal menghilangkan terus pahala solat. Jangan lupa, peluang berjemaah masih ada..anda boleh melantik Imam atas makmum lain yang menyambung rakaat yang berbaki (masbuk).
Aku kerap solat di masjid Jamek Kampung Bharu, kelihatan perkara yang sama berlaku...lantas hatiku terpanggil untuk menulis. Evolusikan solatmu mengikut syariat bukan tabiat.
No comments:
Post a Comment