"Kalau aku jadi polis tetap aku saman!" getus hatiku.
Penceramah itu menyelitkan ceritanya tatkala tazkirah sebelum solat Jumaat,
"Saya dah lambat, bawak kereta melebihi had laju sampai potong double line. Pastu kena tahan dengan polis".
"Polis memang nak saman tapi terus saya cantas, "Encik, saya nak pergi mengajar tapi dah lambat, tu yang bawak laju tu. Tapi kalau encik nak saman, boleh ke nak jawab kat akhirat nanti bila melambatkan lagi ustaz yang nak pergi mengajar ugama", berderai ketawa jemaah. Penceramah itu terlepas dari disaman.
Alahai...Islam pentingkan disiplin juga ketepatan masa. Kenapa masih ada orang-orang agama yang mempertaruhkan nama ISLAM atas kelemahan diri sendiri. Undang-undang atau takzir dicipta kerajaan untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia. Memandu laju juga memotong garisan berkembar tetap salah di sisi ISLAM kerana boleh membahayakan nyawa orang lain...atas nama hablumminannas. Jangan guna nama agama untuk kepentingan-kepentingan tertentu.
Sekali lagi kutekankan..KALAU AKU JADI POLIS TETAP AKU SAMAN USTAZ ITU..melainkan jika dia mengaku salah dan merayu..tetapi JANGAN GUNA NAMA AGAMA

No comments:
Post a Comment