Translate

Friday, 8 February 2013

Reset Minda Melalui Solat


RESET MINDA…sebuah rancangan Astro yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Muhaya. Di antara topik yang benar-benar menarik minatku ialah berkenaan SAINS KEHIDUPAN. Topik ini agak berat tetapi telah dimudahseliakan oleh beliau dan dibantu oleh anak perempuannya juga seorang doktor. 

Di kawasan muka, hidung dan ke bawah adalah ‘minda sedar’. Letaknya ‘minda bawah sedar’ pula ialah di paras mata dan ke atas.
Mulut akan bercakap dalam keadaan sedar dan secara langsung. Tetapi mata dan akal mampu menerobos hari lampau juga yang akan datang. Mata akan membayangkan sejarah silam juga perkara terkehadapan yang belum berlaku iaitu ‘imaginasi’.

Dilakukan sedikit praktikal seperti ini:- Pejamkan mata, cuba bayangkan anda sedang memegang sebilah pisau di tangan kanan dan buah lemon di tangan kiri, di hadapan anda ada papan pemotong. Bayangkan anda sedang memotong buah lemon, perah airnya dan minum…haaa anda sudah terasa terliur dengan rasa lemon yang masam itu. Minda bawah sedar boleh merasai kesannya secara langsung walaupun itu cuma imaginasi spontan.

Anak Dr Muhaya sendiri pernah menceritakan pengalamannya menghadapi kesukaran menyerap ilmu dalam semester kedua di Universiti. Dicubanya teknik itu, pejamkan mata dan dia membayangkan dia sedang menerima Ijazah di atas pentas atas kecemerlangannya. Di dalam situasi sebenar apabila tiba hari peperiksaan, idea dan jawapan datang mencurah-curah dan dia tidak pernah merasa mindanya begitu hebat seperti yang dia alami di ketika itu. Sebenarnya mindanya telah dilaraskan untuk berjaya.

Mesej aku…apabila kita solat dalam situasi minda bawah sedar, kita cuba bayangkan itu solat terakhir dan kita bakal ditempatkan di alam barzakh. Gelap, sepi, sendirian, ulat datang dari segenap pelusuk lubang tanah. Hadir pula Malaikat Munkar dan Nankir untuk bersoaljawab. KEADAAN INI MAMPU MENAMBAT RASA ‘KHAUF’ dan RAJA’ (takut dan berharap) LANGSUNG KITA AKAN MENJADI PENUH KHUSYUK DI DALAM SOLAT!!!
Minda khusyuk itu pula akan kekal di luar solat kerana ia telah direncanakan sebegitu oleh yang empunya diri…jadilah dirinya merasai bahawa setiap pergerakan dan perlakuan sehariannya dipantau oleh satu KUASA HEBAT. Mungkin mulanya sukar tetapi bukan sesuatu yang mustahil untuk kita merasai lazatnya solat. Syaratnya, jagalah apa yang masuk ke dalam perut kerana di situ bermulanya kita membentuk siapa diri kita.
RESET MINDA MELALUI SOLAT!

No comments:

Post a Comment