Translate

Monday, 11 February 2013

Siksa Kubur

Kisah berlaku di sebuah kampung, aku tak pasti nama kampung tersebut tetapi kisahnya agak popular. Popular kerana apa? Kerana kerap berlaku kisah-kisah tragis dan pelik.

Setiap minggu ada sahaja penduduk kampung yang meninggal dunia. Kematian mereka juga disusuli dengan kisah-kisah yang menakutkan di perkuburan. Ular dalam kubur yang digali, kubur berasap, jeritan mayat, mayat berbau busuk, mayat yang bertukar rupa haiwan..tak mampu untuk dikisahkan betapa banyak kejadian-kejadian yang mengerikan berlaku.

Penggali kuburnya pula memang sangat-sangat beruntung kerana diberi alamat, petunjuk dan pengajaran setiap minggu.

Apa yang menjadi tandatanya, bagaimana segalanya boleh berlaku hanya di sebuah kampung dan kepada seorang penggali kubur sahaja...banyakkah maksiat dan dosa penduduk kampung trsebut?

TANAH KUBUR!!!!

Haha...sebenarnya aku hanya ingin mengulas rancangan-rancangan tv jenama Melayu. Asal dapat dijual dan balik modal, diketepikan sahaja logikanya. Di mana logiknya seorang penggali kubur boleh mengalami pelbagai peristiwa pelik sepanjang tugasannya menggali kubur.

Maksud aku..tak perlu le jadikan penggali kubur sebagai hero tetap. Mana ada sejarah penggali kubur yang hebat boleh terjumpa pelbagai kisah-kisah ajaib.

Tak pe la kawan-kawan, ketepikanlah ulasan aku di atas. Ambillah iktibar pada apa yang kalian tonton..memang ada benarnya kisah-kisah itu. Siksa kubur memang wujud seperti banyak yang diceritakan oleh hadis-hadis Nabi SAW. Buatlah persiapan rapi kerana di sana baru kita SEDAR bahawa dunia menipu kita secara SEDAR selama kurang dari dua jam!!! Tak berbaloi kejar dunia kannnnn...



No comments:

Post a Comment