Kita sombong, ego, tinggi diri..Allah tahu itu. Tetap DIA masih berhemah untuk tundukkan ego itu. Simboliknya di dalam solat..
Mengapa tidak DIA terus syariatkan memulakan solat dengan terus sujud..kepala yang teratas langsung menyembah bumi. Ya..Allah tahu itu..kerana ego kita amat tinggi.
Diarah kita berdiri tegak dahulu dan mengangkat kedua tangan tanda penyerahan diri. Sebelum sujud kita rukuk dahulu dan berdiri tegak kembali. Ya..Allah tahu itu. .peringkat pertama penundukan ego kita sebelum kepala menyembah bumi.
Barulah kita sujud sekitar beberapa saat dan bangun duduk, sujud kembali dan duduk kembali...
Mengapa tidak berlama dalam sujud. Ya...Allah tahu itu..betapa keegoan seseorang harus ditundukkan dengan berperingkat sehingga hamba itu dengan rela mengakui yang dia harus sujud dalam tempoh lama kerana sedar DIA ADALAH HAMBA. Sehingga jadilah hamba itu mencari sunyi malam untuk rela bersujud...
Selain solat, pengharaman arak juga mengambilkira betapa minuman itu telah benar-benar sebati dengan kehidupan Arab Jahiliyah. Allah tahu itu...kerana itu DIA menjadikan pengharamannya dalam empat berperingkat.
1. Allah turunkan ayat kesedaran betapa anggur itu lebih mendatangkan keuntungan dari menukarkannya kepada arak.
2. Arab jahiliyah mula bertanya kepada Rasulullah dan turun ayat menunjukkan arak itu terdapat padanya kebaikan juga kemudaratan, tetapi mudaratnya lebih ketara.
3. Allah melarang orang yang minum arak dan mabuk dari bersolat atas kesan arak yang
menghilangkan daya fikir yang normal.
4. Barulah Allah haramkan terus arak di peringkat ini.
Jika Allah begitu sopan mendidik dan sabar dengan ego kita...apatah lagi kita sesama
makhluk. Bersabarlah dengan ego mereka kerana itu yang DiajarkanNYA..

No comments:
Post a Comment