SENARIO 1
Derma...menurut definisi Kamus Dewan, derma bermaksud 'bantuan yang berupa wang, pemberian yang ikhlas dan sedekah'.
Terdapatkah derma yang ditentukan jumlahnya? Jika begitu tak perlulah digunapakai terma derma. Beritahu sahaja yang anda hendak menjual produk dan terpulang kepada sesiapa yang hendak membelinya.
"Di luar sana ada saya bawa habatussauda untuk diderma kepada jemaah. Tapi lepas ambil janganlah terus pergi, dermalah sedikit untuk bantuan sekolah tahfiz di Terengganu. Jumlah derma mestilah Rm10 ke atas", umum ustaz itu selepas selesai memberi tazkirah sebelum solat Jumaat.
Alahai..mengapa mesti jadi begitu. Senangnya si ustaz memanipulasi ayat untuk me'laku'kan jualan. Penampilan jubah dan berserban itu belum mampu untuk membisukan mulut dan mengikat tanganku mengkritikmu...ISLAM DIFITNAH LAGI.
SENARIO 2
"Jika kita tolak dan tak mahu beriman dengan undang-undang Allah, elok tak payah solat..tertolak segala amalan kita", khatib meninggikan suara dan nampak bersemangat menyampaikan khutbah.
Aduhai..mengapa sampai disarankan tak perlu solat dan menidakkan iman umat Islam yang lain?
Siapa kita untuk berkata begitu? Boleh tak ditunjukkan lembaran hadis sahih bahawa Rasulullah pernah menyarankan umatnya tak perlu solat jika menolak hukum Allah?
Aku bukan menidakkan hukum Allah..tidak samasekali aku menolaknya. Tetapi aku kesal dengan semangat Islam yang menyisihkan 'pendekatan berhemah' dalam berdakwah. Hidayah milik Allah...aku takut keadaan menjadi sebaliknya pada akhir hidup kita. Yang jahil diberi taufik hidayah dan kita yang konon berilmu tersungkur dek kerana menyakiti perasaan sesama saudara Islam...ISLAM DIFITNAH LAGI.

No comments:
Post a Comment