Translate

Monday, 4 May 2026

Jumaat di sisi COVID-19

Alhamdulillah...minggu ke 13 sejarah dicipta di landskap Kemaman. Aku berkesempatan menunaikan solat Jumaat pertama sejak PKP diperkenalkan pada 18 Mac.

Masjid Kampung Bukit Anak Dara...patuh penuh pada SOP yang digaris oleh kerajaan. Pintu pagar utama dibuka 12.30 tghari dan ditutup 3 minit sebelum azan zohor.
Sesampai di pintu pagar masjid, 2 orang RELA wanita bersedia dengan penguatkuasaan pelitup muka dan bawaan sejadah sendiri. Tanpa peralatan tersebut...silalah balik!
Selepas cecair pembasmi kuman disembur pada tapak tangan, suhu badan diambil. 2 AJK masjid berada di kaunter menulis di buku log..nama, nombor telefon dan bacaan suhu badan.
Penjarakan saf ditanda di atas karpet sebagai panduan kepada jemaah mengambil tempat. Hanya solat sunat tahiyatul masjid sahaja yang dibenarkan sebelum bermula solat Jumaat.
Jarak di antara azan dan khutbah hanya mengambil masa sekitar 20 minit untuk dilengkapkan. Seusai solat...tiada doa, jemaah diarah bersurai.
Ringkas, padat dan teratur. Inilah di antara sebab Malaysia menduduki 5 negara terbaik dalam menangani pandemik COVID-19!!!
Rinduku pada masjid terubat di Kemaman, Terengganu...Allahu Akbar, Alhamdulillah


Aku, kini di sini

 Berhenti menulis? Eh, siapa kata?


Aku hanya mahu berehat sebentar. Jari jemariku kadang kaku dan seakan mahu menjerit merayu diberi ruang rehat.

Habis tu, apa yang kau buat selama kau berehat dari menulis?

Membaca.

Aku tegas mahu menjadualkan semula minat membaca. Dalam sebulan, minimum buku yang harus aku habiskan bacaannya adalah empat buah buku, lebih kurang 300 muka surat untuk sebuah buku. Bermakna, satu minggu satu buku.

Oh, itu sikit sangat jika mahu dibandingkan dengan si ulat buku yang merayap di perpustakaan. Sikit sangat! Takpe, yang penting konsistensi. Itu janji aku.

Sekarang, perpustakaan sudah menjadi rumah kedua aku. Aku boleh melepak di sana sehabis sarapan di kedai hinggalah menjelang Zohor. Heaven!
Serasa dunia ana yang punya.
.

Bila kau dah menjadi penghuni perpustakaan, pasti ada perkara yang menjeruk rasa. Masam, kelat. Aduh.

Di ruang utama perpustakaan, ditempatkan set sofa. Di tengahnya terletak meja bersama beberapa keping suratkhabar dengan pelbagai bahasa.

Aku lepak disitu bersama beberapa buah buku yang sudah disaring untuk dipinjam. Suasananya sangat nyaman bersama penghawa dingin yang berhembus perlahan. Sedang ralit membaca, datang satu keluarga bersama anak-anak duduk berhadapan denganku. Suami isteri itu berborak sambil tersenyum-senyum. Mereka mesra. Anak-anak sudah entah ke mana, membaca buku kegemaran kuagak.

Aku hanya tunduk membaca, tak kuhirau sangat keadaan sekitar. Suasana sunyi seketika. Ya, sunyi. Aku mendongak. Oh rupanya sepasang suami isteri itu sudah tertidur. Kepala isteri melentok di bahu suami. Aduh romantik la pulak korang eh.

Aku tak peduli. Bacaan kuteruskan.

Keadaan sunyi berlarutan selama lebih dari 1 jam. Mereka tidur lena. Sesekali mereka membetulkan posisi duduk untuk lena yang lebih. Sampai masa, mereka dikejutkan oleh anak-anak untuk pulang. Tak terlihat buku di tangan anak-anak yang mahu dipinjam. Mereka berdua pula haram sebuah bukupun mahu dibaca.

Hatiku mula bengkeng. Datang sini cari port baik punya untuk beradu? Korang ni dah kenapa? Takde langsung rasa malu mempamer muka yang sedang tidur di khalayak umum.

Sedar tak, korang sebenarnya dah merampas hak orang lain yang datang untuk membaca dan duduk di sofa tersebut.

Haa ye lah. Esok datanglah lagi ye lepak kat sofa tu sambil melayan mimpi. Nak jimat bayar bil penghawa dingin kat rumah la katakan. Tahniah.

Aku lepaskan monolog diri semahunya. Ah, aku hilang fokus dek senario kusut itu. Baik kuangkat kaki balik saja. Aku capai buku-buku yang sudah disaring awal untuk dipinjam dan terus menuju ke kaunter. Khalas.

Harap-harap, esok tidak muncul lagi lembaga-lembaga hidup yang mencemar suasana harmoni, yang merampas hak komuniti.

Aku dalam mode memerhati.