Kes kertas soalan bocor? Kes curi? Kes buli? Kes dera? Itu semua sudah acapkali berlaku lama dahulu.
Teringat di zaman remajaku. Kes buli pernah berlaku padaku sewaktu bergelar 'freshie' di asrama. Kalau setakat basuh baju setiap minggu tu biasa la. Suruh ambil makanan di dewan makan, jadi 'machai' pos surat kat awek. Kena penampar pun pernah. Tapi kalau kes belasah, tak pernah la pula sebab aku ni jenis tak melawan sangat.
Sudahnya bila aku mengambil alih peranan 'senior' dan arahkan 'freshie' basuh baju...esoknya mak ayah dia datang. Aku dipanggil oleh Pengetua. Masuk je pejabat Pengetua, mak ayah 'freshie' tu dah sedia menunggu termasuklah 'freshie' manja tu. Apalagi kena dua 'das' penampar dan cubitan di perut dari Pengetua (En Othman bin Kaman)..heheee. Bukan salah apapun...suruh 'freshie' basuh baju jeeeee. Nasib laaa kena dengan budak manja.
Tetapi sekarang bila berlaku kes soalan bocor, kes buli, kes dera...semuanya melompat dan menyinga menyuarakan rasa tak puas hati. Kementerian tak pantau, sekolah cuba sembunyikan kes, tadika tak main peranan, pembantu tak diberi latihan bla, bla, bla. Betullah tuuu.
Apa puncanya masyarakat cepat memberi respon? Ya...apabila 'gadjet' mengambil alih peranan media massa! Sebelum lahirnya sang 'gadjet' ini, kes-kes yang berlaku hanyalah bersifat terpencil dan setempat. Pihak sekolah boleh tutup kes buli, pihak tadika boleh sembunyikan pekerjanya yang mendera kanak-kanak, pihak kementerian tidak perlu risau sangat dengan soalan bocor kerana hanya sekolah-sekolah tertentu sahaja yang dapat meng'akses'nya.
Sekarang? Bukti jelas terpapar di skrin pemain-pemain 'gadjet'. Kes-kes yang bertentangan dengan norma-norma hidup telah dirakam samada secara sembunyi mahupun terang-terangan. Terminalogi 'viral' digunapakai oleh dunia 'cyber' bagi menunjukkan betapa ia boleh menjadi wabak yang merebak dengan pantas...sepantas kelajuan cahaya! Tak perlu buat laporan...polis sendiri boleh bertindak untuk memburu 'suspek' bagi membuka kertas siasatan. Inilah PROVOKASI VIRAL!
Jadi, janganlah melatah jika banyak 'viral' berlegar sedari kita membuka mata di awal pagi kerana dunia sekarang telah hilang sempadannya. Ceritanya sama seperti dulu...bezanya, maklumat yang sampai kepada umum amat cepat dan tidak terbatas berbanding 30, 40 tahun lampau.
Ada pro dan kontra. Kebaikannya apabila kita tidak lagi boleh sewenang-wenangnya berbuat perkara-perkara negatif...kerana sang 'gadjet' sedang memantau segala aktiviti dunia.
Keburukannya pula apabila perkara-perkara yang melibatkan peribadi, aib diri, tersebar meluas di dalam situasi masyarakat kabur tentang kisah sebenar yang berlaku. Peristiwa boleh dimanipulasi oleh pengarang cerita.
Inilah wabak 'cyber' dan provokasi 'viral' yang kemaraannya tanpa dapat dikawal lagi. Hanya kita yang harus bersedia agar tidak menjadi mangsa dunia tanpa sempadan ini!

No comments:
Post a Comment