Aku terbaca di dalam satu artikel berkenaan pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt. Bukan kisah lakonan mereka yang ingin kukongsi tetapi bagaimana cara mereka mendidik anak-anak.
Mereka pasangan bukan Islam yang mempunyai cara liberal dalam memberi pengisian rohani terhadap anak-anak. Mereka percaya bahawa semua agama adalah sama...semua agama menjurus ke arah kebaikan...semua agama mempunyai Tuhan yang harus disembah.
Di rumah mereka ada Bible, ada kitab Confiucus, ada ajaran Hindu juga ada kitab al Quran. Mereka adunkan Islam, Kristian, Hindu dan Buddha di dalam kehidupan.
Konsep ini sebenarnya yang digunapakai oleh pejuang Liberisme. Tiada beza antara Islam, Hindu, Buddha dan Kristian. Semua agama sama dan menjurus ke arah kebaikan. Agama tidak boleh dibeza-bezakan lantaran ia menjadi satu diskrimasi. Anak-anak tidak boleh dihalang dalam memilih jalan beragama.
Angelina Jolie dan Brad Pitt bebas memilih konsep beragama...itu tidak menghairankan. Tetapi mereka juga mungkin dijadikan proksi bagi menyebar fahaman liberisme. Jangan nanti kita yang terlalu meminati pasangan Hollywood tersebut, terjebak dalam fahaman mereka.
Kita yang beragama Islam harus berhati-hati. Islam adalah agama langit dan ayat-ayatnya datang dari pencipta makhluk. Islam tidak boleh disamakan dengan agama-agama penambahan dan ciptaan tangan manusia.
Kumpulan Liberisme ini sudah bertapak di Malaysia. Mereka mula lantang menyebar dakyah dan doktrin ciptaan manusia.
Kelibat mereka banyak terlihat di mahkamah di dalam kes-kes hak penjagaan anak apabila salah seorang pasangan berstatus bukan Islam. Anak juga bebas memilih agama mereka tanpa paksaan.
Melayu Islam diserang di bumi sendiri kesan dari tinggalan penjajah dalam konsep 'pecah perintah'. Penjajah berjaya meyakinkan Raja-raja Melayu bahawa mereka tidak berhak menyentuh acara keagamaan dan adat istiadat Melayu.
Tetapi sekarang? Bukan sahaja hak-hak Melayu dipertikaikan malah kuasa Mahkamah Syari'ah sudah boleh dicabar di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan.
Melayu masih betah tidur lena...

No comments:
Post a Comment