Aku jarang makan di luar...errmm agaknya sebab aku bukan spesis pemakan sangat. Apa yang dihidang, itulah yang kujamah. Hendak komen sedap tak sedappun bukan caraku...janji halal dan kenyang.
Tetapi sekali-sekala mahu juga ditukar selera apatah lagi bila anak-anak semua berkumpul. Jadi kesempatan itu kuguna untuk mengajak mereka semua makan di luar.
Kami ke restoran tomyam...semua pesanan berciri ala Thai. Yang istimewanya sup tomyam yang memang menyelerakan apatah lagi bila dihirup panas.
Pesanan tiba...satu demi satu hidangan diletak di atas meja. Tetapi dengan tidak semena-mena sup tomyam yang dihidang di sebelahku tertumpah di atas kesilapan pelayan. Ooouuucchhh!!! terasa panas pehaku dan seluarku basah di bahagian peha.
"Maaf encik maaf...saya tak sengaja".
"Takpe", balasku ringkas. Pelanggan lain hanya memerhati.
Aku bingkas bangun untuk membersihkan seluar dan telefon bimbit yang terkena percikan sup tomyam.
Hhmmm...mesej kejadian kubaca dan kuanalisa dalam diam.
Tumpahan tomyam panas itu bukan bermesej kosong. Ia adalah kafarah ke atas dosa-dosaku. Tidak sebesar manapun berbanding apa yang sudah kulakukan. Kesilapan pelayan hanyalah merupakan arahan langsung dariNYA. Tugasku hanyalah untuk meredhainya tanpa prejudis.
Lagipun aku bersama keluarga. Segala gerak geriku diperhati oleh anak-anak. Kesempatan itu kuguna untuk mendidik mereka dalam diam. Jika mereka sedar...entahlah.
Terimakasih Allah!

No comments:
Post a Comment