Jarang-jarang sahabat yang seorang ini masuk ke jabatanku. Jika terserempakpun di kafetaria ataupun di surau. Tetapi pagi itu dia muncul menyerah diri. Dia hadir di jabatanku atas urusan rasmi. Peluang itu tidak kulepaskan untuk berbual sambil mengorek perkembangan terkini dirinya.
Mulanya aku hanya berdiri berbual dengan niat tidak mahu berlama-lama...banyak urusan kerja yang harus kubereskan. Tetapi ceritanya yang satu itu, harus menggerakkan punggungku untuk berlabuh duduk di sebelahnya.
Tanggal 8 Mac 2014...itulah tarikh pilihan untuk sahabatku yang bernama Sabri akan melancong ke Beijing, China bersama keluarga dengan menaiki pesawat MH 370!!!
Cutinya telahpun diluluskan dan tiket penerbangan sudah dibeli tetapi muncul satu masalah...masalah yang melayakkan Sabri dan keluarganya untuk bernafas sehingga ke hari ini.
Rancangan untuk melancong ke Beijing adalah bersama teman sekerja. Bilamana cuti rakannya tidak diluluskan oleh majikan, terpaksalah Sabri membatalkan rancangannya dan mengubah tarikh lain yang sesuai.
Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk berpecah dan membatalkan rancangan melancong bersama. Sabri memilih tarikh lain untuk ke Beijing...18 Mac 2014.
Sabri berhenti sebentar dalam meneruskan cerita. Dia seolah tidak dapat membayangkan keberangkalian yang berlaku sekiranya dia meneruskan niatnya untuk berlepas ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Aku mengusiknya dalam nada bergurau, "Sab, kalau kau dalam pesawat MH 370 haritu, tiap-tiap hari aku akan buat tahlil kat surau kita Sab". Hahahaaaa...berderai gelak tawa kami.
Tawaku spontan bertukar nada insaf, "Sab, buat sujud syukur banyak-banyak Sab. Allah masih beri peluang untuk kau tebus dosa-dosa".
Sabri mengangguk-anggukkan kepalanya sambil memandang tajam anak mataku.
Terimakasih Sabri kerana mengizinkan aku menggarap kisah ini dan memapar foto kau yang 'macho'. Sama-sama kita sujud syukur sahabat.

No comments:
Post a Comment