"Boleh ke saya garap cerita ni untuk tatapan umum?" soalku inginkan kepastian.
"Silakanlah kalau cerita ni boleh menjadi iktibar dan pedoman pembaca tapi rahsiakan identiti saya ye". ikhlas dia membenarkan.
Aku jarang berkesempatan berbual dengannya walau bekerja di dalam satu bangunan. Tetapi ruang lingkup kerjanya memang memerlukan kami untuk berhubung samada melalui telefon mahupun di dalam perbincangan. Untuk perkara-perkara berkaitan personal, tidak pernah aku termimpi yang dia sudi berkongsi cerita...aku cuma menelah.
Hari itu aku dikejutkan dengan satu berita. Berita dia telah menyerahkan surat perletakan jawatan. Aaahhhhh...perkhidmatannya di syarikat ini agak lama, melebihi 15 tahun kukira. Berita itu benar-benar mengejutkanku juga kepada sesiapa yang mendengarnya. Persoalan pertama bermain di benak...dapat tawaran baru yang lebih baik?
Persoalan itu berlegar-legar di benak selama beberapa hari tanpa jawapan. Boleh sahaja aku menaliponnya untuk sedikit pencerahan tetapi aku matikan hajat itu begitu sahaja kerana tidak mahu mengganggunya.
Berlaku pada hari itu dia menjelmakan dirinya ke jabatan kami...haaaa rezeki datang bergolek untuk aku terjah soalan-soalan yang hampir meledak ini. Seronok kami berborak sehingga melangkaui 1 jam bersama.
Dia baik..memang aku akui. Walau pernah berlaku sekelumit selisih faham atas kapasiti kerja tetapi keadaan itu telah kuramas menjadi hampas tebu untuk kubuang jauh tanpa memberi peluang untuk berlaku lagi...kami sama-sama faham.
Usianya dilingkungan 30an, berperawakan menarik dan sering menjaga penampilan diri juga murah dengan senyuman. Satu sikapnya yang aku teruja...dia berani berhadapan dengan masalah, tidak sesekali melarikan diri. Walau harus dia berhadapan dengan peringkat pengurusan, tetap dia tempuh. Ya...aku benarkan dia tahu tentang keterujaan itu kerana aku rasa dia perlu tahu bahawa itu satu kelebihan yang harus dikekalkannya.
Dalam seronok berborak, tersentuh sedikit kisah peribadi. Aneh...lancar dia bercerita kisah-kisah peribadi walau melanggar tebing sejarah hitam. Ya...dia ada sejarah pahit...maungnya usah cerita. Hampir gila menempuhnya.
Hubungan mereka suami isteri mesra sehingga melangkah musafir menuju Madinah dan Mekah bagi menunaikan umrah. Tetapi malang menimpa, perceraian rumahtangga bertamu tanpa dapat dielak. Puas dia meneroka mencari penyelesaian, namun segalanya menuju jalan mati. Berpunca dari pihak ketiga yang juga sahabat yang dikenalinya. Tak sangka pula begini akhirnya kisah yang dimulai dengan ijab dan kabul itu.
Masalahnya cuma satu, belum dikurniakan cahaya mata. Mereka telah berusaha berbagai cara tetapi masih belum menemui lorong sinar.
"Itu kerja Tuhan, kita manusia hanya merancang dan berusaha" kataku menyampuk mengekspresikan rasa ketidakpuasan hati dengan punca itu.
Menambah parah bila ada insan lain yang datang menghimpit...mendamba kasih sayang. Di ketika itu tiada lagi definisi bahagia apabila melangkah masuk rumah...hanya situasi ketat dan tegang sentiasa. Pernah suatu ketika dia nekad untuk lari dari neraka dunia itu...menuju tenang ke luar negara.
Keadaan tambah keruh...mereka sudah tinggal berasingan. Betah mahupun tidak, hidupnya harus diuruskan berseorangan. Kalut jadinya waktu itu...kewangan mula susut, memberi kesan hebat kepada fizikal dan mental.
Dia harus kuat berdiri demi kelangsungan hidup. Jika lemah, dia bakal menjadi mangsa zalim keadaan. Kepada siapa lagi hendak dia mengadu, hanya berserah kepada pertolonganNYA. Hanya itu sahaja yang mampu memberinya kekuatan menempuh ujian hebat ini.
Rasmi sudah...talak telah dilafaz dan statusnya secara automatik berubah. Aaahhh..ujian lain pula yang bertandang...pandangan serong masyarakat. Dia pasrah lagi...
Alhamdulillah, ombak dan badai itu berjaya diharungi...segalanya beransur-ansur tenang dan senang. Bekas suaminya sudahpun menamatkan zaman duda tetapi dia masih senang sendirian..."buat masa ini", katanya.
Kata- kata akhir yang yakin diucap sebelum kami beredar, "Hari ke hari saya rasa bertambah kuat untuk menempuh hidup ini. Terimakasih di atas ujian ini dan pertolongan dariNYA".
Sejujurnya...disebabkan kata-kata penutup itu yang menggamit aku untuk meminta izin menghidangkan kisahnya di ruangan blog ini. Ya...untuk sama-sama kita hayati kekuatan dalaman anugerahNYA.
Dia bertambah kuat jadinya atas ujian hebat itu. Nyata...perancangan Allah amat hebat dalam membentuk sikap dan sifat seseorang. Aku tidak melihat apa yang berlaku ke atasnya kerana itu semua hanya menjadi penyebab atas qada dan qadarNYA. Tetapi aku lebih melihat bagaimana dia menempuh takdir itu sehingga menatijahkan kesan hebat ke atas peribadinya.
Ya...nyata dia bertambah kuat dan matang dalam merencanakan masa depannya sendiri. Dia mulakan dengan berhijrah ke persekitaran baru, telah dibuktikannya dengan penyerahan surat perletakan jawatan!
Selamat maju jaya sahabat...Allah tetap bersamamu selagi kau sentiasa memperbaharui syahadahmu.
Syukran Jazilan / Jazakum Allahu Khair

No comments:
Post a Comment