Banyak sudah kita terima dalam hidup ini. Dari lahir tanpa sebarang harta dan kemampuan, Dia memperuntukkan banyak untuk kita jalani kehidupan sebagai khalifah. Bermula dari anugerah kehidupan, kita lahir tanpa dipinta...justeru Allah anugerahi nikmat udara, jantung, hati dan segala organ luar dalam. Lengkaplah kita sebagai insan yang banyak menerima pemberian dari Pencipta.
Tidak cukup dengan nikmat tubuh badan diberi percuma pula segala harta kekayaan, keluarga yang berkembang biak dan kuasa sebagai pemimpin. Bertambah tinggi nilai hidup kita berbanding haiwan melata dan tumbuh-tumbuhan yang juga makhluk ciptaanNya.
Sebenarnya Allah beri kehidupan dengan bersyarat...untuk kita tadbir kehidupan mengikut manual yang diberi iaitu al Quran dan Sunnah. Kita dianggap telah melunaskan segala hutang pemberian sedari lahir dengan mematuhi segala panduan yang diberi berlandaskan syarak.
Nampak mudah bila kita punyai harta dan tidak meminta-minta kepada yang lain tetapi menjadi kutukan Malaikat kerana kedekut untuk meng'infak' sesama yang fakir.
Banyak yang kita terima justeru banyak juga yang harus kita beri. Ini falsafah Islam yang menjanjikan gandaan rezeki sekiranya kita memberi. Ilmu matematik memberi formula bahawa jika kita ada RM100 dan beri RM50, baki yang tinggal RM50...bermakna berlaku pengurangan harta. Tetapi Islam hadir memberi formula yang tidak tertakluk kepada hukum alam. beri RM50 kita bakal menggandakan rezeki...ibarat tumbuhan yang mempunyai tujuh tangkai, setiap tangkai mempunyai 100 biji...jumlah 700 biji gandaan. Hebat formula yang Allah janjikan itu.
Tetapi dek jahil bermaharajalela dalam diri, mereka memakai logik akal bahawa RM50 yang diinfak tidak kelihatan RM35,000 yang diterima seperti formula di atas (RM50 x 700).
Mereka lupa bahawa rezeki tidak tertakluk kepada harta semata-mata. Bolehkah RM35,000 membeli ketenangan jiwa? Sihat tubuh badan? Waktu lapang? Tidur yang lena? Keluarga yang bahagia?
Formula hebat ini harus disertai dengan mata hati yang celik. Selagi hati diselaputi banyak kemungkaran maka tidak hairan jika ramai yang akan mempertikaikan kesahihan janji Allah itu.
Jika boleh kukongsi satu contoh...
Banyak berderma dan berdoa boleh menjauhi melapetaka yang telah ditakdir berlaku ke atas seseorang. Justeru itu, kita mula berderma dengan harapan agar terlindung dari segala mara bahaya dan atas keyakinan kita kepada janji-janji Allah.
Malangnya kita telah terlibat dalam kemalangan ngeri dan agak bernasib baik kerana dapat diselamatkan walaupun kereta rosak teruk dan perlu ribuan ringgit untuk dibaiki. Seminggu di hospital untuk rawatan dalaman kerana terdapat darah beku di kepala atas hentakan kuat. Tidak dilindungi insuran dan perlu meminjam keluarga terdekat untuk mejelaskan segala bil yang tertangguh.
Apa firasat kita apabila situasi tersebut berlaku dikala kita banyak berderma? Sudah banyak berderma dan berdoa malah musibah juga yang menimpa. Iman mula goyah, keyakinan mula pudar seperti murtadnya sebilangan penduduk Quraisy bilamana diberitakan Rasulullah telah ber Isra' Mi'raj ke langit tujuh dalam tempoh hanya satu malam!
Inilah padahnya bila formula ini tidak disatukan dengan mata hati yang celik. Jangan ambil tugas Allah...jika Dia buka segala rahsia milikNya nescaya malu dan menyesal kita berburuk sangka.

Sebenarnya Allah telah kabulkan doa kita dan memberi gandaan 700 kali rezeki di atas infak yang pernah kita lakukan. Macamana tu? Allah sebenarnya telah mengubah takdir ngeri kepada yang lebih ringan bagi kita menanggungnya.
Takdir yang dicipta ke atas kita sejak azali menukilkan bahawa di sekian hari kita akan terlibat dalam kemalangan ngeri. Bagi menyelamatkan nyawa, kedua-dua kaki terpaksa dipotong dan sebelah mata tidak dapat diselamatkan kerana kemasukan kaca. Kita jua ditakdir menjadi lumpuh kerana urat-urat anggota tidak lagi berfungsi menyampaikan maklumat ke otak!!!
Ya...kemalangan tetap berlaku tetapi Allah membayarnya di atas infak kita yang banyak kepada yang memerlukan. Lebih bernasib baik kita hanya mendiami hospital selama seminggu untuk rawatan lanjut. Lebih tidak menyulitkan bila ketidakmampuan membayar bil rawatan menghadirkan ramai ahli keluarga bersatu untuk mengumpul dana buat melangsaikan segala kos rawatan. Lebih amat-amat menguntungkan bila tidak satupun anggota kita terjejas dan boleh bekerja seperti biasa serta melakukan ibadah dengan tenang!!!
Subhanallah...minta dijauhkan Allah dari sifat buruk sangka kita selama ini.
Itu kisah memberi infak harta dan wang ringgit. Bagaimana pula dengan yang tidak berharta dan persoalan ini telah diajukan kepada Nabi Muhammad SAW. Mereka sedih kerana tidak dapat memberi sepertimana sikaya yang mampu menggandakan rezeki dan pahala dengan banyak berinfak.
Rasulullah menekankan bahawa senyum juga adalah infak, berkata yang baik juga suatu infak, membantu dengan tulang empat kerat juga dinamakan infak!
Apa yang didermakan itu sebenarnya simpanan kita...menuju akhirat. Apa yang disimpan di dunia itu pula sebenarnya hanyalah menjadi beban untuk kita menjawab di akhirat kelak.
Justeru, tiada alasan untuk kita hanya menerima. Mulalah memberi kerana dengan memberi sahaja kita bakal berkongsi segala pinjaman Allah. Allah memberi kita lebih agar diri kita menjadi saluran untuk menyampaikan rezeki kepada yang memerlukan.
Jika tiada wang ringgit jangan disimpan senyuman itu, kata-kata baik itu, ringan tulang itu...dermakanlah agar auranya boleh dirasai setiap yang bernama makhluk.
No comments:
Post a Comment