Mak, Bapak...
Terimakasih kerana telah mendidikku sebaik mungkin untuk aku dewasa menjadi 'orang'. Orang yang boleh memberi manfaat terhadap orang lain. Orang yang tidak meminta-minta kepada yang lain. Orang yang boleh bersabar dengan kerenah orang lain. Orang yang boleh mendidik anak-anak sendiri sepertimana kalian mendidik aku. Orang yang taat terhadap kedua ibubapa dan menjalankan perintah agama. 'Orang' inilah yang bernama ANAKMU!!!
Mak, Bapak...
Di zaman kanak-kanak, bila berlaku perselisihan antara aku dan rakan sepermainan mahupun dengan jiran tetangga, kalian tidak pernah memenangkanku walau kalian tahu aku tidak bersalah. Kalian memegang prinsip 'salahkan anak sendiri dahulu' untuk membetulkan keadaan. Di situ aku belajar untuk tidak mencari masalah atau bergaduh dengan rakan sekeliling kerana aku yang bakal dipersalahkan dahulu oleh kalian. Lewat sekarang baru aku sedar bahawa itulah caranya agar anak-anak tidak terlalu dimanjai.
Mak, Bapak...
Kalian tidak membekalkan harta dunia tetapi kalian menyelitkan harta akhirat yang tiada ternilai untuk aku teruskan kehidupan dengan sesempurna mungkin mengikut apa yang digariskan oleh syarak. Jika wang ringgit yang kalian tabur, mungkin sekarang aku tidak menjadi seperti yang kalian inginkan. Alhamdulillah, berkat sabar kalian berdua mendidikku maka sifat-sifat yang ada pada kalian telah dengan sempurna diserap masuk untuk kuamalkan. Sifat sabar mak, sifat tegas bapak telah menjadi diriku. Terimakasih yang tidak terhingga kepada MAK dan BAPAK, alfatihah untuk arwah Abdul Rahman b Mohamed Nasir
Adik beradikku...
Kita membesar bersama, kita bergaduh bersama jua kita tidur bersama. Segala memori lalu menjadi pedoman untuk kita kekalkan keharmonian keluarga. Tampak kita bersatu hati sedari kecil sehingga dewasa...itu yang diajar oleh mak bapak kita. Jika yang di sini terkurang akan hadir yang di sana untuk membantu. Jika yang di sana bermasalah, semua kita bersatu untuk meleraikannya. Aku tak pernah lupa bahawa kita telah sama-sama menempuh dugaan sewaktu arwah bapak sakit.
Sakit arwah adalah sakit kita..derita arwah adalah derita kita bersama. Semuanya memain peranan dan keadaan itu amat-amat memotivasikan diriku untuk menempuh segalanya bersama. Walau dalam karektor yang berbeza, peribadi yang pelbagai dan pendapat yang bermacam, kita tetap akan akur kepada keputusan yang terbaik untuk keluarga. Kita sama-sama dapat memahamkan isteri jua suami untuk menempuh situasi yang tidak terjangka itu. Aku berharap jua yakin bahawa tautan kasih yang dibajai oleh mak dan bapak kepada kita akan kekal sehingga ke generasi seterusnya.

Sebahagian dari keluargaku di Hari Raya Aidilfitri |
Terimakasih dari hatiku yang tulus kerana bermulanya kehidupan kami atas restu kalian berdua. Aku amat menghormati kalian seperti yang dituntut syariat. Kalian menerimaku seadanya, melepaskan anakmu atas kepercayaan kepadaku untuk menjaganya. Kalian tidak membeza-bezakan aku dengan anak menantumu yang lain. Di situ merupakan faktor aku selesa bersama kalian dan telah sebati bahawa keluarga kalian keluargaku jua.
Mertuaku...
Aku serasa bersalah bila kepulangan kami membuatkan rehatmu terbantut. Kalian seperti tidak duduk diam dalam memastikan segala makan minum lengkap terhidang. Tapi yang membuat aku bahagia bilamana kalian nampak ceria berbual dan mengusik-usik cucumu. Agaknya itulah penawar letih dan jerih perih kalian...kepulangan anak cucu memang dinanti.
Mak, terimakasih kerana sering memasak makanan kegemaranku bila kami menziarahimu.
Abah, terimakasih kerana aku dapat berguru denganmu dalam ilmu tajwid dan bacaan.
Kita bermula dengan serba serbinya kurang. Aku tidak punya apa-apa selain dari hati yang jujur untuk memperisterikanmu. Jika harta yang ditagih, tiada apa untuk diagih. Jika perawakan yang dipandang, hidungku tak mancung bak seludang. Tiada apa untuk kau banggakan selain dari susah payah yang diredah.
Isteriku...
Terimakasih kerana kau tidak meminta apa yang tiada malah bersyukur dengan apa yang kuhidang. Terimakasih kerana memberiku ruang untuk membina kehidupan kita. Ruang dan peluang itu kugunakan untuk membuktikan kepadamu, jua keluargamu bahawa pilihanmu tidak menyimpang. Akad nikah yang kulafaz dahulu merupakan 'akujanji' ku kepadamu. 'Akujanji' itu bernyawa sepertiku...ia tidak akan mati sehingga aku mati.
Isteriku...
Terimakasih jua kerana banyak bersabar dengan segala kerenahku. Aku ada misi dan itu bukan mudah. Kesilapanmu bakal dijawab olehku nanti di sana....kerana itu aku kadangkala nampak tegas dengan prinsip itu. Ketahuilah bahawa kau adalah pemberian Allah yang paling berharga pernah aku terima dalam hidup ini. Kerna itu, tidak mampu untuk kupersia-siakan hidupmu. Aku berangan untuk kita diketemukan semula di syurga..kau bakal menjadi bidadariku..Insyaallah
Isteriku...
Maafkan aku kerana membebani hidupmu dengan tugasan di syarikat. Kehidupanmu betahnya di rumah...itu jua cita-citaku. Tetapi kau korbankan segalanya demi kelangsungan hidup kita jua anak-anak. Maka untuk menunjukkan empati, aku tidak teragak-agak untuk meringankan bebananmu di rumah pula.
Isteriku...
Inilah kehidupan yang kita bina...aku tidak hanya menyediakan rumah buatmu tetapi kucipta 'rumahtangga' untuk kita sekeluarga. Kucuba hiasi rumahtangga kita dengan apa yang digaris oleh syariat...setakat yang termampu. Hasilnya...hati kita tergait-gait untuk pulang sehabis tugasan. Bahagia rasanya..harap kau selesa.
Anak-anakku...
Ayah bukan yang terbaik buat kalian. Terlalu sedikit ilmu yang ayah miliki untuk mendidik kamu semua. Di zaman yang mencabar ini, ayah cuba menongkah arus agar kalian semua tidak tersesat oleh kemilaunya cahaya dunia. Imbangilah dunia dengan akhirat. Kita hidup di dunia hanya sekitar kurang dari 2 jam (1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun dunia). Kesalahan yang kamu lakukan bakal membebani ayah kelak. Kealpaan kalian akan membawa padah kepada ayah.
Anak-anakku...
Siapa lagi yang ayah harapkan untuk menitip alfatihah di kuburan bila ayah bersemadi di dalam tanah? Kalianlah permata hatiku yang telah ayah didik sebaik mungkin untuk tidak melupakan ayah di pusara. Mungkin ayah berdosa dan siksa kubur itu menanti...tetapi dengan doa kalian, boleh menyelamatkan ayah dari siksa dan fitnah kubur itu!
Sahabat-sahabatku...
Aku banyak dosa dengan kalian. Banyak hati yang terluka dengan sikapku. Aku tidak pandai mengambil hati dan tidak cuba untuk mengingati tarikh lahir kalian. Aku tidak selalu bersama kalian di luar waktu pejabat kerana komitmenku bersama keluarga dan masyarakat setempat. Aku harus membahagikannya dengan adil agar ianya tidak dituntut di akhirat. Banyak kelemahanku tertera di mata kalian. Jika kata-kataku lewat tazkirah di surau menyinggung kalian...maafkanku. Jika peringatan pendek melalui emel melukakan hati kalian....ampunkan aku. Jika interaksi kita melalui telefon banyak mengganggumu...kupohon ampun dan maaf untuk kesekian kalinya.
Teman-teman FB...
Teknologi terkini menemukan kita di alam maya. Alam yang tiada sempadan. Kelebihan dan kekurangannya hanya berada di hujung jari. Nasihatku agar kalian dapat menghiasi 'wall' dengan segala yang berfaedah. Saringlah tulisan-tulisan kita dengan kalimah-kalimah yang baik kerana kita sedang berinteraksi dengan makhluk yang punya nyawa dan perasaan.
Kita mungkin tidak sedar yang banyak tulisan-tulisan itu telah menyinggung hati yang membaca. Jika kita berdosa dengan Allah panjatkanlah doa dan bertaubat...Allah Maha Pengampun. Tetapi jika kita berdosa sesama makhluk harus merujuk makhluk jua. Adakah makhluk maha pengampun? Ditakuti amalan kita yang banyak, diberi begitu sahaja kepada mereka yang teraniaya dek tulisan kita di alam maya. Muflis jadinya kita nanti di akhirat kerana segala dosa mereka yang terluka akan diserah kepada kita untuk menanggungnya. Di sini yang ramai terleka...maka berhati-hatilah kalian apabila ber 'laman sosial'.
Maafkanku sekiranya terdapat tulisan alpa yang aku 'terlepas pandang'. Selagi aku bernama manusia maka yang 'terlepas pandang' itu adalah AKU...inilah warkah dariku.
Jazakum Allahu Khair
shbt.. semuga Allah memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan kpd mu seisi keluarga.. didunia hingga ke Akhirat.. aminn..
ReplyDeleteInsyaallah...terimakasih atas doa yg baik
Delete