Semua ingin bercakap perkara yang baik dan semua juga ingin menyampaikan sesuatu agar 'sesuatu' itu boleh mengubah perjalanan hidup seseorang. Bahagia rasanya bila kata-kata itu boleh melonjak kapasiti seseorang untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Memang itu dituntut di dalam Islam dan Rasulullah juga berpesan untuk 'sampaikan walau sepotong ayat'.
Tetapi ramai yang terlalu teruja untuk menyampaikan perkara baik sehingga menolak jauh etika dan disiplinnya. Apa etikanya? Di mana disiplinnya?
Ya...Perkara baik harus dimulai dari diri sendiri, lihat sahaja peribadi Rasulullah SAW. Allah SWT telah mendisiplinkan peribadi Rasulullah sedari kecil dan disimbolikkan dengan pembedahan dada Baginda bagi membersihkan hati. Sebelum mencecah umur 40 tahun, Rasulullah tidak menyampaikan suatu apapun kepada kaumnya malah Baginda sebenarnya dalam proses meng'idola'kan dirinya untuk menjadi ikutan yang lain.
Peribadinya terjaga, sahsiahnya mantap, jujurnya bukan kepalang, kata-katanya penuh berhemah, komitmen kerjayanya melipatgandakan keuntungan. Sehingga menarik minat Srikandi untuk menyunting Baginda.
Tiba waktunya Baginda secara rasmi dilantik untuk menjadi Pesuruh Allah...bermulalah era 'menyampaikan'. Nah...hasilnya terserlah diri seorang manusia yang bakal merubah segala yang jahil di atas pengaruh peribadinya.
Bagaimana dengan kita? Seharusnya peribadi Rasulullah menjadi panduan sebelum memulakan langkah dakwah. Peribadi yang baik mempunyai pengaruh dan impak yang besar dalam merencanakan misi dakwah. Misi itu bukan mudah kerana ia berkait rapat dengan peribadi sipendakwah.
Di mana letaknya kata-kata baik itu sekiranya tonasi suara lantang mengecam segala yang batil selagak diri sendiri maksum dari segala maksiat. Di mana posisi aura pendakwah jika segala yang baik diberi contoh kepada diri sendiri untuk ikutan ramai (seolah-olah segala yang baik itu kita).
Aku sendiri pernah mendengar kalimah 'toiyiban' dari seseorang yang berperawakan Islamik. Setiap butir yang diucap tak lekang dengan kaitan tentang Islam...teruja aku. Tetapi pelangi itu tidak bersifat kekal, alih-alih berita tersebar dia dikenakan tindakan disiplin kerana membuat pemalsuan tuntutan kerja lebih masa. Aaaahhh...manis mulut ibarat menanam tebu bersulam madu di tepi bibir. Tersungkur penghormatan masyarakat kepada pendakwah jenis ini.
Sebenarnya peribadi yang baik juga merupakan 'silent message' kepada masyarakat. Tak perlu berkata banyak, cukup sekadar menjaga perilaku dan adab sesama makhluk. Insyaallah mereka akan menghormatimu dalam diam.
Tak perlu galak mempromosi Islam, amalan konsistenmu bakal memenangi hati mereka. Tak perlu berlawan kata untuk menegak hujah walau di pihak benar, senyummu menyerap segala hentakan provokasi sudah memadai untuk melembutkan jiwa sipemberontak.
Nahhh...lupakan segala kata-kata baik jika tonasinya menyimpang dari landasan sehingga boleh menyakitkan hati yang mendengar. Cuba beri tumpuan untuk 'silent dakwah'. Mantapkan peribadi untuk lebih berketerampilan sebagai 'a practice Muslim'.
Ingat...sekali kita mula menyampaikan sesuatu maka berkali-kali masyarakat akan memerhati peribadi kita. Apabila berkali-kali kita tidak menyedari keadaan itu, maka acapkali pula masyarakat mula mencebik bibir di belakang tabir!!!
Mulakan dakwah atas peribadi sendiri agar impaknya boleh merubah peribadi yang lain.
SELAMAT BERDAKWAH...

No comments:
Post a Comment