Translate

Saturday 2 May 2020

Infaq dan Akhlak

Aku mengikuti perkembangan konflik derma Ustaz Ebit Lew yang dikomen oleh Ustaz Abu Syafiq dengan sangat berhati². Lepas satu..satu, video aku layari untuk mendapat info yang betul.

Sebelum pergi jauh, aku perlu meneutralkan minda agar analisis yang aku keluarkan tidak menjadi fitnah. Aku tak boleh memihak dan aku juga perlu berlaku adil dalam membuat kesimpulan.

Kenyataan Ustaz Abu Syafiq:-

MELETAKKAN GAMBAR DAN VIDEO ORANG MISKIN YANG SUSAH SEHINGGA MEMALUKAN DIA ADALAH AIB DAN HARAM.

Ustaz Abu tidak mempertikaikan sumbangan yang diberi tetapi apabila video dimuat naik tanpa melindungi aurat seseorang yang terdedah...itu yang ditegur.

Sumbangan terhadap Maahad Tahfiz, Persatuan² mahupun kepada keluarga miskin yang dimuat naik gambar rumah yang daif dan hampir roboh...bukan masalahnya.

Masalahnya apabila wajah ahli² keluarga dan mereka yang terbaring melarat dengan kain tersingkap ke paras peha..tidak ditutup dengan cara yang wajar, boleh mengaibkan mereka.

Ya...aku bersetuju dengan teguran Ustaz Abu Syafiq.

Ustaz Ebit Lew pula dah buat yang terbaik untuk membantu dan meringankan mereka yang memerlukan tetapi berlaku kelemahan yang mana kalau beliau perasan, pasti beliau akan edit video tersebut sebelum dimuat naik.

Dakwah mesti dibuat secara teratur dan tersusun agar matlamatnya tercapai.

Kesimpulannya...

Pasti wujud kelemahan dalam kita berbuat sesuatu perkara. Kelemahan² itulah yang seharusnya diperbaiki bagi memantapkan lagi usaha² dakwah.

Tegurlah wahai yang di luar sana tetapi teguran itu harus diiringi hemah dan akhlak. Ustaz Abu Syafiq agak agresif dalam melontarkan hujahnya kepada netizen sehingga beliau mengatakan bahawa beliau telah menang dengan kedudukan 1-0 (apabila netizen mula behenti mengecam beliau dalam komen² di FB).

Wahai Ustaz Abu...kamu berhujah untuk raih kemenangan atau menyebar ilmu? (aku sedang menegur kamu ni ustaz).

Buat Ustaz Ebit Lew:

Apabila kamu berasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal - Khalifah Ali bin Abi Talib

Buat Ustaz Abu Syafiq:

Semulia² manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat - Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Wahai Daei...berdakwahlah..jadilah pewaris Nabi tetapi jangan kau dedahkan aib sesama kamu di ruang angkasa yang tiada berdinding.

Wahai Daei...berdakwahlah...tetapi jangan sampai teguranmu menjatuh dan mengaibkan pula saudara dakwahmu...kelak kamu akan ditanya di akhirat atas kelancangan mulutmu.

Aku? Hanya memerhati bagi mengkoreksi diri!

No comments:

Post a Comment