Semalam 13 Ogos 2015 mak dah boleh keluar dari hospital. Segala dokumen sudah diserah untuk temujanji yang lain. Mak tersenyum girang...ye lah, sudah hampir 3 minggu mak bergelumang dengan persekitaran hospital. Emosi mak sudah semakin menurun dek kerana lamanya mak menetap di sana.
Tetapi takdir Allah mengatasi segala perancangan manusia. Bila mak dah sampai ke tingkat bawah untuk ke lobi...langsung mak tercungap-cungap keletihan, mak susah nak bernafas. Berkerumun doktor dan jururawat membantu mak di lobi. Mereka meletak mak di atas kerusi roda untuk dibawa masuk ke wad kecemasan.
Jantung mak sudah semakin mesra tanpa masalah. Buah pinggang mak semakin lancar bekerja tanpa gagal. Tetapi paru-paru mak pula yang menempah payah.
Hari ini 14 Ogos, mak dimasukkan ke wad CCU untuk pemantauan rapi. Doktor kata mak mengalami jangkitan kuman dan air di paru-paru. Malam semalam mak tak dapat tidur kerana batuk yang tak henti-henti...naik sakit dada mak.
Lengkap sudah 3 pusingan untuk kami 7 beradik bergilir menjaga mak di hospital setiap malam. Bermakna sudah 3 minggu mak terlantar di IJN. Jika mengikut 'roster', malam ini merupakan giliran aku menjaga mak tetapi takdir Allah mendahului tadbir manusia. Peraturan di CCU amat ketat. Tiada siapa dibenarkan berada di wad tersebut melainkan di waktu melawat 12.30 - 1.30 tengahari dan 6.00 petang - 8 malam.
Ini malam pertama mak tidur tanpa anak-anak di sisi. Sebelum kami pulang, keadaan mak semakin bertambah baik. Pernafasan, tekanan darah, denyut nadi dan kandungan oksigen darah berada di tahap normal...Alhamdulillah.
Harap mak tabah menempuh ujian ini. Kami anak-anak mak akan sentiasa bersama walau malam ini kami tiada di sisi mak...doa kami sentiasa mengiringi.
Selamat Malam Mak...

No comments:
Post a Comment