Kepada para pembaca yang sudah membaca artikel 'Ijtihad Satu Keperluan' bertarikh 22 May 2013, tentu perasan kes yang aku utarakan iaitu tentang kewujudan bank susu. Adakah ia menepati syariat dan diharuskan mahupun di sebaliknya.
Edaran artikel yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor sudahpun mengeluarkan fatwa mengenai status bank susu tersebut. Bagaimana jabatan mufti boleh memberi perhatian kepada isu bank susu ini?
**"Pada 18 Ogos 2011, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) telah mengadakan perbincangan berkaitan cadangan menubuhkan bank susu di pusat perubatan tersebut. Cadangan dilihat relevan kerana ia membantu bayi-bayi terutama bayi pra-matang yang memerlukan rawatan segera kerana susu ibu merupakan penawar terbaik bagi memulihkan kesihatan mereka. Di samping itu, terdapat juga kes ibu yang kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik / berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi mereka. Bagi mendapatkan pengesahan, mesyuarat bersetuju supaya perkara ini dibawa ke dalam Mesyuarat Panel Kajian Syariah (PKS) JAKIM".
**"Mesyuarat khas jawatankuasa fatwa negeri Selangor kali ke 1/2012 yang bersidang pada 21 februari 2012 bersamaan 28 rabiulawal 1433H memutuskan bahawa penubuhan bank susu ibu adalah tidak diharuskan. Ini memandangkan penubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram, dan keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam maslahah awam".
Perlu diingat, setiap negeri yang beraja, hal-ehwal agama Islam adalah tertakluk di bawah nasihat raja di negeri masing-masing. Manakala negeri di bawah takluk Wilayah Persekutuan mendapat nasihat Yang Dipertuan Agung.
Mufti dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah mendapat perkenan Sultan bagi mewartakan fatwa bank susu untuk negeri Selangor. Fatwa di setiap negeri lain boleh jadi bercanggah dengan apa yang diwartakan oleh kerajaan negeri Selangor dengan sebab dan alasan yang berbeza dan munasabah menurut situasi di negeri masing-masing.
Melainkan jika Majlis Fatwa Kabangsaan bersidang dan mengeluarkan resolusi fatwa, maka fatwa tersebut adalah terpakai di seluruh negeri Malaysia.
Inilah ijtihad Ulama'.
Tanda ** merujuk kepada sumber asal yang diambil di dalam artikel yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

No comments:
Post a Comment