Majlis Fatwa Kebangsaan telah mewartakan bahawa penggunaan rokok elektronik (vapor, vape) adalah haram. Ini berdasarkan implikasi pengambilannya yang membahayakan kesihatan (kandungan nikotin) dan juga berlaku unsur-unsur pembaziran.
Menurut Pengerusi Majlis Fatwa Kabangsaan Profesor Emiritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin, keputusan itu dibuat mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telahpun diputuskan sebelum ini.
"Kita sudah bincangkan rokok dan shisha dan kita boleh samakan dengan 'vape'. Apabila cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ia membazirkan dan ketiga ia memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram".
Jika merujuk artikel bertajuk 'Vape Merbahaya?' bertarikh 22 Ogos 2015, aku telah mengeluarkan pandangan peribadi tentang penggunaannya yang kurang berisiko berbanding rokok tembakau. Bagaimanapun, mereka yang arif telah membuat ketetapan bahawa rokok tembakau, shisha dan 'vape' kesemuanya adalah haram. Ini bukan lagi soal lebih atau kurang risiko tetapi ianya menjurus kepada halal haram sesuatu perkara.
Tiga unsur yang boleh membawa keharaman sesuatu perkara...memudarat, memabukkan dan beracun.
Aku tidak berminat untuk mengaitkan fatwa tersebut dengan komen-komen negatif dari mereka yang tidak berilmu seperti di bawah ini...

Fatwa yang tidak digazetkan tidak tertakluk di bawah undang-undang. Mereka yang berterusan menghisap rokok, shisha mahupun rokok elektronik, tidak akan didakwa di bawah sebarang akta. Itu peraturan dunia yang dikawal selia tangan-tangan yang berkuasa.
Hanya kita harus berlapang dada menerima satu pernyataan syari'ah dari mereka yang arif. Tetapi harus diingat bahawa mereka mungkin terlepas hukuman dunia, ceritanya tidak habis di situ. Mereka akan disoal kelak di akhirat kerana melakukan perbuatan haram sepertimana yang difatwakan Ulama'.
Hukum syara' adalah berkaitan 'kehidupan selepas mati'. Mereka yang terlepas di dunia akan dipertanggungjawabkan di akhirat. Mereka bakal didakwa tanpa berpeluang melantik peguambela yang boleh memutar belit fakta.
Mahu mempertikai fatwa ulama'? Jangan berani mengambil risiko kerana akibatnya tidak tertanggung dek tulang empat kerat di barzakh, mahsyar dan titian sirat.
No comments:
Post a Comment