Memberi salam dan bersalam memang menjadi tuntutan dalam agama Islam. Banyak Hadis menukilkan betapa Rasulullah tidak lekang dengan amalan memberi salam dan bersalam.
Bersalam...praktikalnya kita menghulur tangan untuk berjabat dengan seseorang. Adakah hanya itu sahaja?
Cuba lihat kebiasaan yang berlaku apabila tangan dihulur untuk bersalam terutama di surau mahupun masjid seusai solat berjemaah. Hulur tangan tanpa melihat muka dalam keadaan muka yang selamba!
Tercapaikah objektif bersalam itu? Tujuan bersalam adalah bagi mengeratkan silaturrahim sesama insan. Genggaman tangan yang erat, memandang anak mata dan senyum...mampu memberi aura yang baik kepada insan-insan yang bersalam.
Di setiap Jumaat di masjid kompleks MAS, aku sering bersalam dengan seorang kakitangan MAS yang tidak aku kenali tetapi dia sering berada di saf hadapan.
Aku perhati cara bersalamnya memang benar-benar menepati sunnah Rasulullah SAW. Digenggam erat tanganku, memandang tepat mukaku dan tersenyum sambil menundukkan sedikit kepala tanda hormat. Masyaallah...aura salamnya meresap masuk ke hatiku dan timbul rasa kasih kepadanya!
Begitu besar impak bersalam yang diajar oleh Kekasih Allah!
Sama-sama kita cuba amalkan ye...

No comments:
Post a Comment