Viral meletus lagi. Kali ini isu anak-anak remaja Melayu berpelukan dan bercium di atas pentas bersama artis pujaan dari negara teknologi dunia K POP. Digambarkan remaja Melayu wanita yang bertudung tidak segan silu dicabul maruah di atas pentas oleh penghibur asing.
Mahu aku beranalisa? Inilah hasilnya...
Adakah hanya itu yang kita nampak? Kita cuma menyedari adanya maksiat bila ada artis-artis luar yang datang membuat persembahan di sebuah Negara Islam. Mereka yang 'mengomen' bagaikan Malaikat turun dari langit menyumpah seranah adegan-adegan yang tidak sepatutnya berlaku di atas pentas.
Memanglah...tidak dinafikan bahawa anak-anak remaja kita begitu teruja sehingga mengkesampingkan adat budaya Melayu yang berpaksikan Islam. Tetapi jangan hanya mengutuk isu-isu tertentu. Bagaimana dengan maksiat lain yang berleluasa tahap 'mega' di dalam rumah sendiri, oleh orang Melayu Islam sendiri!
Apa cerita dengan filem dan drama Melayu kita? Aku rasa adegan berpelukan depan-depan bersama rangkulan erat yang dihayati oleh pelakon Melayu Islam kita sudah menjadi biasa. Mengapa tidak di'viral'kan segala adegan lakonan yang menjolok mata itu? Mengapa artis luar sahaja yang dimangsai?
Benarlah kata orang tua-tua..."kuman di seberang laut nampak jelas, gajah di depan mata tidak kelihatan".
Dangkal sungguh pemikiran Islam kita ye. Menegur kononnya berbunyi Islamik tetapi bertindak memejamkan mata melihat lakonan artis wanita kita yang begitu 'selamba' rela dicabul kehormatannya di lakonan pentas maya.
Mana lebih besar isunya...sesuatu yang berlaku secara spontan, berbanding perbuatan yang memang dirancang dan dilatih tubi berkali-kali untuk mendapat 'feel' yang baik. Tentunya lakonan artis-artis kita sudah termaktub di dalam skrip untuk mereka menurutinya dengan teramat rela!
Adilkah komen-komen kita hanya terhadap isu K POP? Nampaknya kita terlebih 'racist' dalam menjatuh hukum. Apabila bangsa kita berpelukan dengan bangsa luar...berdosa. Adegan yang sama sesama bangsa sendiri...tak nampak di mana nak menjatuh hukum. Kita memilih-milih isu untuk menjadi juara Islamik...di mana rasionalnya?
Jangan salah anggap ye. Aku tidak sekali-kali menyokong konsert-konsert nyanyian artis yang tidak berlandas syara'. Jika mahu komentar aku, haramkan sahaja segala konsert yang lagha dan melalaikan. Hanya ingin aku menegur komen-komen yang berfokus kepada isu kelompok...seolah-olah perlakuan artis-artis Malaysia disahkan halal.
Hendaknya sebelum mengkritik, analisa dahulu apa yang mahu dibicarakan. Jika bunyinya tempang tidak seimbang, terlebih baik kita hanya beristighfar sendirian minta dijauhkan dari bala atas dosa-dosa mereka yang jahil.
Sekian analisaku...

No comments:
Post a Comment