2014 meninggalkan banyak kisah duka yang tidak terjangka oleh rakyat Malaysia.
Permulaan kehilangan pesawat MH 370 yang seumpanya berlaku di dunia tidak berpenghujung hingga ke hari ini, diikuti kemarau panjang yang terpaksa diharungi bersama catuan air. Gelinciran tanah bersama banjir lumpur di Tanah Tinggi Cameron membuka rahsia di sebalik kehadiran pendatang asing yang tidak disedari. Lebih memilukan apabila Malaysia dikejutkan dengan pesawat MH 17 yang ditembak jatuh di utara Ukraine yang sedang bergolak...siapa yang bertanggungjawab masih ditemani misteri.
Yang terkini dan menjadi penutup tirai 2014, bencana banjir di timur Semenanjung Malaysia meletakkan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dikancah menghampiri pengisytiharan darurat. Bukan banjir biasa di musim tengkujuh sebaliknya ia merupakan satu malapetaka yang langsung tidak terjangka. Hampir menyamai serangan tsunami di Acheh 10 tahun yang lalu.
Malaysia oh tanahairku. Sebelumnya tampak lokasi geografinya amat selamat dari laluan ribut taufan, gunung berapi, gempa bumi dan ombak tsunami. Tetapi sekarang kedudukan Malaysia tidak menjanjikan keamanan dari petaka alam.
2014 merupakan amaran bagi Malaysia. Ianya hanya amaran kecil berbanding apa yang biasa dan terpaksa dilalui oleh negara-negara lain di dunia. Jangan bermimpi Malaysia terlepas dari ujian.
Hanya yang patut dipasak kuat dalam diri adalah dekat sudah laluan kita ke hari penghabisan. Alam seakan mengamuk dek banyaknya dosa manusia yang tidak kenal malu kepada Pencipta.
2015 sudah menzahirkan diri di ufuk timur. Jika boleh aku berpesan...petanda usia alam sudah semakin nyanyuk. Bersedialah untuk alam meragam di sepanjang laluannya menuju kemusnahan. Juga bersedialah dengan segala amalan, mana tahu ini tahun akhir usia alam.
WallahuRasul a'lam.

No comments:
Post a Comment