Program 'Pencetus Ummah' bakal memasuki musim kedua siarannya. Proses saringan untuk 12 peserta melayakkan diri ke gelanggang dakwah sudah memasuki peringkat akhir.
Aku agak terpaku dengan salah seorang peserta yang sememangnya telah dipilih untuk pentas Pencetus Ummah. Dia terpilih di atas kredibilitinya dan petah bicara serta ilmu yang dimiliki.
Sewaktu peserta ini di atas pentas bagi mempersembahkan topik bicara, para panelis seramai empat orang telah sebulat suara memilih beliau. Apa yang membuatkan aku terpaku bersama sendu? Panel mendapat tahu bahawa peserta ini terpaksa bergegas balik ke kampungnya di Baling, Kedah.
Salah seorang panel bertanya kepadanya sejurus persembahannya tamat, "atas urusan apa?"
Beliau nampak terdiam dan memandang tepat ke arah muka panel seakan mahu menyembunyikan sesuatu...keadaan sunyi seketika menanti respon yang akhirnya beliau bersuara sebak secara paksa...
"Atas urusan keluarga...letrik rumah orang tua saya telah dipotong oleh TNB kerana telah tertunggak selama beberapa bulan...kami tak mampu bayar. Saya tak sampai hati membiarkan keluarga saya tinggal bergelap. Biarlah saya bersama-sama mereka menempuh masalah ini".
Kamera 'zoom in' kepada para panel...mereka terdiam menahan sebak bersama mata yang berkaca.
Ketua panel terus menunjukkan kertas hijau yang memberi mesej bahawa peserta itu layak untuk masuk ke program Pencetus Ummah musim kedua. Mereka berpelukan mengucap tahniah.
Aku? Mataku bergenang memikir betapa beruntungnya kami yang sentiasa diterangi limpahan cahaya menghindari gelap. Alpanya kami tentang nasib mereka. Melihat keadaan rumah peserta tersebut (krew yang bertandang), amat menginsafkan aku. Jika dilihat peralatan elektrik, tak sebanyak mana yang boleh kuanggarkan bil letrik hanya dalam lingkungan RM20 ke RM30 sebulan. Jika itupun masih tertunggak, apatah lagi makan minum dan pakai mereka!
Insaf...

No comments:
Post a Comment