Alhamdulillah...aku masih diberi kesempatan dan kekuatan untuk mengharungi Ramadhan hingga ke titik akhir pengundurannya. Ramadhan bakal menghilang diganti dengan Syawal...hari kemenangan. Kemenangan hanyalah bagi mereka yang berpuasa ikhlas kerana Allah. Kemenangan juga adalah bagi mereka yang berjaya merebut anugerah Malam al Qadar.
Ya...aku berhak berasa riang dan girang kerana berkesempatan memeluk Ramadhan hingga ke akhirnya. Aku harus ceria kerana aku ada keluarga yang ramai dan semuanya bersatu untuk merayakan hari kemenangan ini. Aku patut rasa selesa kerana kehidupan ala kadar yang aku bentuk lebih mendamaikan jiwa.
Tetapi keriangan Hari Raya sudah berakhir sebenarnya bagiku. Di usia kemuncak kematangan ini, perasaanku lebih memihak kepada persiapan diri dan keluarga dalam persediaan menuju ke alam "sam'iyat". Itu lebih menyukarkan sebenarnya. Memikirkan keadaan itu lebih membuat aku terbantut untuk berasa riang, girang, ceria dan selesa.
Justeru, aku berbisik pada hati...raikanlah hari kemenangan dengan ala kadar dan berpada-pada. Ikutlah kehendak syari'at, bukan nafsu. Kunjungilah saudara-mara dan sahabat handai dan terapkan syari'at dalam bersosial. Jangan dibiar tangan-tangan bukan mahram melepasi hadnya untuk menyapa tanganku. Akan aku usahakan agar keadaan sekitar tidak mempengaruhiku.
Letakkan syari'at di atas segala keperluan hidup. Aku ingin hidup tenang bersama syari'at itu. Ya, keadaan itu lebih mendamai jiwa dan mententeramkan hati.
Wahai diriku...inilah indikator samada tarbiah Ramadhan berjaya aku kecapi. Aku tidak mahu leka bersama Eidul Fitri dalam situasi aku gagal sebenarnya membentuk akhlak diri di sepanjang kursus Ramadhan...malu rasanya!
**Tiba-tiba mindaku tergambarkan situasi Hari Raya di GAZA. Bertanya pula aku pada diri...layakkah aku merayakannya dikala takbir raya mereka terganggu dengan bedilan bom dan peluru?

SELAMAT MENYAMBUT 1 SYAWAL, SELAMAT MENYAMBUT EIDUL FITRI...minal 'aidin wal faizin (semoga kita semua tergolong bersama mereka yang kembali ke fitrah dan berjaya dalam latihan menahan diri).
No comments:
Post a Comment