Aku sering membayangkan yang aku keseorangan di bandaraya Kuala Lumpur. Pertama kali menjejak kaki di kota metropolitan itu membuatkan aku menjadi sesat. Ya... 'Sesat Di Kuala Lumpur'.
Aku tidak boleh terus-terusan berjalan menelusuri celahan bangunan kerana akan makin sesat jadinya aku nanti. Aku perlu menahan seseorang untuk bertanya arah. Di situ baharulah aku lebih gagah menghayun kaki melangkah ke destinasi.
Dalam berjalan, bermacam ragam dan kerenah manusia yang berlakon hidup di hadapan mata. Ada yang berjalan menonong laju tanpa peduli sesiapa. Ada yang seolah bersiar-siar menikmati pemandangan dan keindahan kota besar itu. Ada yang duduk melepak di bangku melepas lelah. Ada yang meneleku di bangku membaca akhbar tidak berganjak. Ada yang sibuk dengan gajet di tangan. Ada yang bergambar sakan. Ada yang makan-makan. Aaahhh...banyaknya ragam dan kerenah penduduk di KL ni. Yalah...dah nama kota besar...besar lah ragamnya.
Sesat Di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup
Terimakasih tuan dan nyonya
Doa selamat kami ucapkan
Pada Tuhan Maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa
Mungkin kita kan temui kebahagiaan di Kuala Lumpur
Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Dan mungkin kita akan terpedaya
Seperti biasa...ketika aku berseorangan menerjah segala pelusuk dunia, aku ditemani gajet MP3 yang tak lekang di telinga. Lagu 'Sesat Di Kuala Lumpur' paling kuminati...lagu ini sedang bermain-main di anak telingaku.
Kuala Lumpur dijadikan simbol sebuah kota besar. Di mana-mana negara dunia pasti wujud kota metropolitan yang menjanjikan sebuah syurga...kononnya. Jangan kita menjadi terlalu 'rigid' dalam mentafsir kota besar sebagai sarang maksiat lagi melalaikan. Lantas kita menjauhi kota itu untuk bertafakur menjaga iman dari luntur diratah dosa.
Tidak...bukan itu caranya. Umat Islam yang kuat pegangannya tidak akan terjejas dengan segala yang berlaku di sekelilingnya. Mereka punya harga diri juga jatidiri yang mampan, tak lekang dek panas tak basah dek hujan.
"Sesat Di Kuala Lumpur..dosa dan pahala bercampur...". Ya, di mana sahaja adanya manusia di muka bumi, pasti wujud dosa dan pahala. Ia pilihan kita. Tiada siapa yang boleh memaksa kita untuk menerbit dosa mahupun menggapai pahala. Jadi, apa perlu kita takut dengan segala sarang maksiat yang ada di kota besar? Jauhinya, hindarinya, elakkannya...kerana kita tahu ia bagaikan magnet yang boleh menarik lekap padu sekiranya kita terjebak.
Apakah kita fikir Tuhan hanya wujud di tempat-tempat tertentu? Jika di Malaysia, segala pergerakan seakan tidak menjurus kepada maksiat kerana langkah pencegahannya ada, apakah kita akan bebas sebebasnya di kota London? Munafik jadinya diri sekira-kira itu yang terlintas di benak fikiran. Allah bukan hanya berada di bumi, tetapi alam jagat raya ini adalah milikNYA!!!
Langkah kakiku semakin perlahan. "mungkin ada jalan kebahagiaan di Kuala Lumpur, mungkin kita akan kecewa..."
Bahagia dan derita adalah pilihan diri. Perlukah aku mengutarakan rasa bahagiaku sekira itu yang aku alami? Aku perlu melangkah dengan yakin dan padu agar bakal ku mengecap bahagia di Kuala Lumpur. Kota itu tidak menjanjikan bahagia atau derita...jadinya, aku tidak mampu meletak beban kesalahan ke atas Kuala Lumpur.
Sekiranya aku sesat di Kuala Lumpur, akanku cari kembali lembaran NAS agar sesatku tidak terlajak jauh...agar jiwaku tenang kembali untuk mendiami kota yang sarat dengan kehidupan yang rencam...oh Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment