Dua hari di kaki Gunung Ledang memberi impak yang bukan sedikit buat diriku. Aku terpaku jua serasa kagum bersama aura yang dibawanya. Tidak sedikitpun timbul riak-riak angkuh, sombong, memperlekeh yang lain di sepanjang pembentangan modul dari beliau.
Segala yang terlontar di bibir mencermin peribadi beliau yang tinggi dan luhur. Apa lagi yang mampu kuucap selain rasa syukur ditemukan dengan Dato' Wan Mohamad, mantan Ketua Pengarah JAKIM.
Di akhir kalam, beliau menyedarkan kami betapa kita yang serasa perasan banyak ilmu sebenarnya akan lebih jauh ketinggalan jika tidak bersama peredaran zaman dalam menjarah kewujudan ilmu-ilmu baru.
Diberi contoh beliau sendiri. Bersara dari kerjaya, meninggalkan beliau jauh terkebelakang dalam perlumbaan menggapai ilmu-ilmu baru yang laju berkembang cambah tanpa henti. Bergiat aktif dan mengetuai persatuan-persatuan di dalam masyarakat, sedikit membantu bagi Dato' Wan merapatkan ruang lompong ilmu-ilmu baru.
Benar amat apa yang diutarakan oleh Dato' Wan. Kosmos dan cakerawala sudah tiba ke penghujung sistem. Arus percambahan ilmu sudah tidak boleh diempang lagi. Lihat sahaja ciptaan-ciptaan terkini di dalam segenap bidang...gajet, audio visual, teknologi pemotoran, pemakanan, permainan komputer, kewujudan aplikasi perhubungan sosial dan berbagai lagi.
Kajian di tahun 80an manakan sama untuk diperdebat mahupun dijadikan hujah bersama isu-isu terkini. Penemuan baru di bidang pemakanan seperti Genetically Modification Food (GMO) dan kod-kod 'food additive' seperti E470, E300, E550 dan banyak lagi, harus dipelajari agar selari dengan 'genre' yang mahu dipersembahkan.
Tegasnya, kita harus terus-terusan mengikuti perkembangan terkini tentang sesuatu topik atau isu bagi memastikan minda dan diri kita masih relevan untuk diketengahkan sebagai pemerhati mahupun pemidato yang berucap di pentas ilmu.
Itu yang dimaksudkan Dato' Wan betapa kita akan terus ketinggalan sekiranya kita tidak peka bersama perubahan-perubahan yang mengiringi kehidupan.
Syukran Jazilan Kathira Dato' Wan...

No comments:
Post a Comment