Apa berlaku jika kita dilucutkan jawatan, ditukar ke jabatan lain, diletak ke tepi tanpa sebarang peranan penting dalam situasi kita mampu menggalas beban dan tanggungjawab dengan sempurna. Ermmm...jika kita akurpun dengan arahan pengurusan, pasti timbul rasa tidak puas hati lantas menyuburkan rasa dendam dan benci dalam diri.
Jika itu yang dirasa...cuba kita selusuri kisah Khalid al Walid. Walau perbandingan ini jauh panggang dari api, tetapi setidaknya boleh memberi ruang dan peluang untuk kita bermuhasabah diri.
Khalid al Walid merupakan panglima perang Islam yang tidak pernah kalah dalam semua peperangan yang diketuainya sehingga beliau digelar 'Pedang Allah'. Beliau memegang jawatan 'panglima' sejak dari zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar.
Diriwayatkan tidak secalitpun berbekas parut mahupun calar di badan beliau sepanjang peperangan berlangsung.

Apabila Khalifah Umar mengambil alih tampuk pemerintahan, beliau terus memecat Khalid dan digantikan dengan Abu Ubaidah sebagai panglima perang yang baharu. Tanpa mahu mengetahui alasan Umar berbuat begitu, Sipedang Allah terus menanggalkan serban panglima menandakan beliau akur dengan arahan Khalifah.
Bagaimana boleh semudah itu Khalid bertindak? Ya...Khalid al Walid berperang bukan untuk habuan dunia, Khalid berperang kerana Allah. Lantaran itu bilamana jawatan panglima dilucutkan, beliau tetap bersemangat untuk berperang sebagai tentera biasa...semuanya kerana Allah.
Sebenarnya tindakan perlucutan jawatan itu bersebab. Saiyidina Umar melihat bahawa penduduk Madinah sudah meletak tanda aras yang amat tinggi terhadap keupayaan Khalid dan percaya bahawa tentera Islam pasti akan menang jika Khalid yang mengetuai angkatan perang tersebut. Mereka seolah terlupa bahawa Allah yang membenarkan kemenangan umat Islam, bukannya keupayaan Khalid. Mereka seolah telah berlaku syirik kepada Allah bahawa tentera Islam menang kerana Khalid al Walid!
Kisah Khalid al Walid aku noktahkan di sini. Tetapi ingin aku panjangkan simbolik kisah tersebut bersama perenggan pembukaan di atas. Jika pekerjaan kita disabitkan dengan ibadah...maka apa perlu kita hilang semangat dan melahir ketidakpuasan hati jika kita ditukar ke jabatan lain mahupun dipinggirkan. Jika segalanya kerana Allah...maka teruskanlah bekerja seperti biasa malah buktikan kita boleh membawa perubahan di jabatan baharu. Biarlah Allah sahaja yang merencanakan masa depan kita tanpa rasa prejudis di hati.
Jika diri rasa hebat dengan pencapaian cemerlang di sepanjang karier, itu masih belum mampu menandingi keberanian dan keikhlasan Khalid al Walid di medan perang.
Izinkan aku bermuhasabah diri...izinkan aku.

No comments:
Post a Comment