Kursus TTT untuk modul ke 3 dikendalikan oleh fasilitator yang berbeza. Usianya mungkin sebaya denganku. Pasti karekternya tidak sama dengan yang sebelumnya tetapi mesejnya tetap sampai kepada kami.
Satu kelebihan diri beliau yang benar-benar memaksa aku untuk berasa cemburu terhadapnya...cemburu yang bukan sedikit!
Kami baharu sahaja memasuki kelas dan pertama kali bersua muka dengan beliau. Dia menegur dan bertanya namaku...memang itu resmi fasilitator untuk beramah mesra dengan para peserta. Habis di situ...kelas bermula.
Di sini bermula cemburuku. Nak tahu? Dia bisa menghafal nama kami seramai 15 orang! Seolah-olah dia sebahagian dari wargakerja kami. Ooohhhhh...di dalam kelas latihan yang biasa aku kendalikan di syarikat, aku sendiri selalu terlupa nama-nama kakitangan.
Sehabis kelas di hari pertama, aku menghampirinya untuk mengetahui rahsia dan tips untuk dikongsi. Senang sahaja katanya. Sebelum program bermula, dia sudahpun mendapatkan senarai nama dari pihak sekretariat. Nama-nama itu dihafal dan dipadan-padankannya apabila beliau menegur kami sebelum kelas bermula.
Usaha beliau menghasilkan impak yang bukan sedikit kepada kami...jiwa kami ditawan dengan panggilan-panggilan nama kami yang sangat bersahaja.
Ooohhhh...terimakasih En Hasni!

No comments:
Post a Comment