19 Ogos 2014, pagi itu aku dikejutkan dengan berita kematian seorang kakitangan syarikat. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital Seremban. Bekerja di 'shift' malam, pagi seusai waktu bekerja, beliau berehat sebentar. Dalam kaki melangkah menuju tandas, beliau terjatuh dan terus dibantu oleh kakitangan lain. Beliau masih sedar dan dibawa ke klinik berhampiran. Pihak klinik mengarahkan untuk membawa pesakit ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Di situlah takdir Allah terlaksana.
Sebenarnya Allahyarham menghidap sakit sedari muda dahulu. Sakitnya dikategorikan sebagai 'mental illness'. Hidup beliau bergantung kepada ubat penenang yang dibawa ke mana sahaja. Aku sendiri pernah dipanggilnya suatu ketika dahulu untuk meminta ubat 'panadol' (mungkin dia lupa untuk membawa bekalan ubat penenang). Walau demikian menurut cerita rakan-rakan sekerja, beliau merupakan seorang pekerja yang amat dedikasi terhadap tugasan yang diberi. Tidak pernah curi tulang dan sebelum pulang, beliau akan pastikan segala tugasan beres tanpa sebarang tinggalan baki untuk 'shift' seterusnya. Beliau tidak pernah berbual kosong dan melawak tak keruan. Tiada sebarang rekod buruk di sepanjang usia perkhidmatan beliau.
Hanya tinggal baki beberapa bulan sahaja lagi untuk beliau menghabiskan sisa-sisa perkhidmatan sebelum bersara. Dalam aku mengorek-ngorek cerita, beliau mempunyai keluarga dan anak-anak yang berjaya. Ada yang sedang menuntut di Universiti dan ada juga yang sudah bekerja di bidang profesional.
Ini yang aku teruja. Sebagai pekerja operator biasa, gajinya mungkin tidak seberapa. Tetapi bagaimana beliau boleh mendidik anak-anak sehingga berjaya ke menara gading dan menjawat jawatan-jawatan profesional di pasaran kerja.
Jawapannya ada pada cara beliau bekerja...komited, tidak curi tulang dan sentiasa memastikan tugasan yang diberi dilaksanakan sebaik mungkin tanpa sebarang masalah. Bayaran gaji yang tidak seberapa itu diiringi 'berkat' sebenarnya. Gaji beliau jangan dinilai dengan 'angka', tetapi sebenarnya Allah sedang 'merangka' masa depan keluarga beliau!
Aku termenung sebentar untuk kuamati cara aku bekerja pula...errrmmmm.
Al fatihah buat Allahyarham Khairuddin Yahya.

No comments:
Post a Comment