Aku jarang berkongsi cerita. Jika mahu berceritapun, aku akan memilih pendengar yang secocok dan sabar mendengar...baru rasa berbaloi cerita yang aku luahkan.
Aku ingin bercerita. Tetapi kali ini aku akan menggunakan pendekatan penulisan. Aku tak perlu sesiapa untuk mendengar...hanya pembaca yang sudi melayari tulisanku. IQRA' Bacalah...
Baru-baru ini di hari raya pertama, aku dikunjungi saudara rapat bersama ibunya yang datang mengunjungi ibuku di kampung. Lumrah hari raya begitulah. Kereta Mercedes C200 model terkini yang agak 'sporty' meluru masuk ke perkarangan halaman rumah. Kelihatan kehidupan anaknya berciri mewah dan selesa. Jika mahu diimbas kronologi kehidupan lampau mereka, amat ketara dengan apa yang aku lihat sekarang.
Di meja makan sambil menjamu hidangan, aku galak mengorek-ngorek kisah hidupnya. Si ibu nampak segan silu untuk bercerita apalagi anak perempuannya...agaknya takut macam nak menunjuk-nunjuk kehidupan selesa yang dia nikmati sekarang. Tetapi bila dia nampak aku beriya-iya bertanya itu ini, mulalah dia meraikanku...berceritalah ibunya.
Inilah ceritanya...
Ibunya berkahwin muda dan amat taat kepada suami. Tidak bekerja lantas membantu suami dengan membuat kuih untuk ditumpang di gerai-gerai jualan juga mengambil upah memasak untuk hidangan orang-orang bujang yang membuat praktikal di Kementerian Kesihatan yang berdekatan. Wang hasil membuat kuih dan memasak lauk diguna untuk meringan beban suami.
Ibunya manusia biasa yang tentunya berkeinginan kepada segala macam kemudahan dan keselesaan. Dia ingin rumah besar berbanding rumah sekangkang kera untuk sebuah keluarga besar, kereta selesa juga wang saku untuk dia bebas membeli apa sahaja. Dia suka melihat saudara-mara dan jiran tetangga memiliki segala kemudahan tersebut tanpa sedikitpun wujud rasa dengki dan irihati. Tetapi jauh di sudut hatinya berharap agar Allah juga makbulkan doanya untuk memiliki seperti apa yang mereka miliki.
Tahun berganti tahun. Anak-anaknya ada yang menuntut di Universiti juga ada yang sudah bekerja. Mereka sekeluarga sama-sama membangunkan ekonomi keluarga dan mengelak dari meminta-minta dari saudara-mara.
Hasil berdikit-dikit menyimpan, si ayah dapat membeli sebidang tanah di kampung dan dibina sebuah rumah kecil bertujuan berehat-rehat di kampung bila tiba musim buah. Waktu berlalu, setelah rumah ditambah bilik dan dibesarkan sedikit saiznya, mereka membuat keputusan untuk terus menetap di rumah tersebut.
Alhamdulillah, rumah kecil tiang seribu itu sudah melalui 4 fasa pembesaran dan taraf rumah tersebut sudah menjadi sebuah banglo yang lengkap dengan peralatan dan berhawa dingin. Ada lagi lebihan duit, dibina sebuah surau bersambung dengan rumah mereka untuk anak cucu mudah bersolat bila ramai berkumpul di kampung.
Maha suci Allah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dari jalan yang tidak disangka-sangka. Inilah yang berlaku kepada keluarga tersebut. Anak-anak mereka banyak menyumbang. Setiap bulan tak lupa menghulur wang dan dibawa kedua ibubapa untuk menunaikan umrah dan haji.
Takdir Allah datang menduga. Ayahnya ditimpa sakit...sakit yang memerlukan perhatian penuh keluarga. Ayah menghidapi sejenis ketumbuhan di dalam kepala dan membabitkan saraf-saraf otak yang mengakibatkan si ayah tidak tahu untuk menguruskan diri sendiri lagi.
Ujian sakit tersebut agak berat untuk ditanggung berseorangan oleh si ibu atas faktor usia dan tenaga yang semakin berkurangan. Anak-anak bersilih ganti mengambil giliran setiap minggu bagi mengendalikan si ayah.
Puas rasanya keluarga tersebut menjaga si ayah yang di akhir-akhir kehidupannya hanya terlantar di katil. Takdir Allah tiba jua...ayah dijemput pergi dalam tidurnya. Anak-anak tidak sempat untuk berada di samping ayah...mereka pasrah.
Ya...ibu itu amat sabar dalam menjalani kehidupannya. Berbagai-bagai ujian ditempuh yang menjadikan dirinya idola bagi anak-anak dan cucu-cucunya. Dia sering bercerita kepada cucu-cucunya berkenaan kisah silam untuk dijadikan panduan dan iktibar.
Sekarang zaman menuai. Si ibu sudah habis tanggungjawabnya membesarkan anak-anak dan menjaga keperluan suami. Ibu itu sekarang banyak berehat dan beramal. Duit pencen suami ditambah dengan pemberian anak-anak setiap bulan menjadikan dirinya seorang penderma kepada yang memerlukan.
Ibu itu sudah dapat merasa kesemua yang diidamkannya dahulu. Tiada apa lagi yang dimahukannya lagi. Sekarang giliran untuk dia banyak memberi...dia mampu.
Itu cerita ibu. Yang paling rapat dengan si ibu adalah anak perempuannya. Inilah kisahnya...
Sejak dari mula berkeluarga sendiri, dia seakan tidak betah untuk berenggang dengan kedua ibubapa. Sering dipelawa kedua orang tuanya duduk bersama di hujung minggu. Kerap juga dibawa mereka berjalan-jalan. Dia menanggung perbelanjaan keduanya untuk menunaikan umrah dan haji. Pendek kata apa sahaja keperluan dan hajat keduanya, pasti ditunaikan...ya, memang dia mampu.
Diwaktu ayahnya sakit, dia dan suami tidak pernah mengelak untuk menyempurnakan tanggungjawab untuk menjaga ayah. Malahan dibawanya tinggal bersama beberapa hari bagi meringankan beban si ibu yang hampir 'stress' melayan kerenah suami yang seperti keanak-anakan lakunya. Memandi, menyiap, memberi makan...sehingga mencebuk berak ayahnya!
Apa yang mengkagumkan, dia seorang anak yang berjaya di dalam kerjaya dan berkedudukan tinggi dalam syarikat begitu juga suaminya tetapi kejayaan hidup yang dikecapinya tidak mengubah perhatiannya terhadap orang tuanya. Aku kagum dalam diam.
Kini giliran dia diuji pula. Ditakdirkan suaminya yang sering 'outstation' mengalami masalah visa untuk kembali ke tanahair. Keadaan berlarutan sehingga lebih dari 6 bulan...ketiadaan suami merupakan ujian yang benar-benar mencabar ketahanan mentalnya. Hidupnya berendam airmata.
Dalam kemelut masalah, dia tetap mengambil peranan menjaga si ayah...tidak dilepaskan tanggungjawab itu sama sekali.
Alhamdulillah...selepas suaminya dibenarkan kembali ke Malaysia, mereka berdua berlepas ke tanah suci menunaikan fardhu Haji...mengucap syukur tidak terhingga.
Habis ceritanya.
Kereta Mercedes berjenama baru itu bergerak keluar dan hilang dari pandanganku selepas habis beraya. Kereta itu milik anak menantunya...berkat doa ibu.
Kisah keluarga itu mendominasi mindaku...aku terkesan. Kisah yang dimulai dengan penuh susah payah berakhir dengan warna gemilang. Kehidupan yang dinaungi berkat itu boleh dilihat dengan keluarga yang bahagia dan bersatu hati.
Dengar cerita, keluarga besar itu mengadakan Hari Keluarga pada setiap tahun. Hasil dari kesepakatan mengumpul duit seawal tahun. Cemburu aku mendengarnya.
Ya...damai dan harmoni milik keluarga itu. Apalagi kalau bukan doa seorang ibu yang makbul di sisiNYA.
Aku memandang dari persepsi berbeza...
Untuk si ibu yang taat kepada suami...sabar dan redha itu sudah menjadi darah dagingnya, maka ketentuan Allah datang bagi mengubah nasib keluarganya.
Untuk anak-anak keluarga itu...apabila ketaatan kepada kedua ibu bapa menjadi tunjang dalam kehidupan mereka, janji Allah untuk merahmati mereka terlaksana di dunia ini lagi. Subhanallah...
Cerita aku bernoktah di sini dengan harapan tiada noktah untuk kita sentiasa mendoakan kedua ibu bapa...baik yang masih hidup mahupun yang sudah mengadap Ilahi. Berbaktilah kepada mereka selagi hayat mereka ada kerana kesan kebaktian itu bakal Allah terjemahkan ke mata dunia.
Terimakasih kerana sudi membaca cerita bisu ini. Aku pula ingin menjejaki kisah tersebut untuk kuadaptasikannya dalam kehidupanku...mungkinkah.

No comments:
Post a Comment