Dia menegakkan pendirian tentang kelewatannya hadir ke pejabat dengan beralasan, "walaupun aku lewat tapi aku tak pernah 'miss' ganti balik waktu lewat itu..adil bukan, aku tak berhutang apa-apa dengan syarikat".
Ahhh...adil menurut pandangan dangkalmu tetapi tak adil bagi kakitangan lain yang terpaksa berperang dengan masa demi sebuah ketepatan waktu, sedang 'dia' hanya bermain-main dengan waktu. Apatah lagi sekiranya dia benar-benar diperlukan di waktu itu atas skop kerjanya..waktu kehilangan 'dia' terpaksa pula di ambil alih oleh orang lain..adil ke?
Masih bernilai lagi ke waktu ganti selepas kerja yang 'kononnya' membebaskan hutang lewat hadirnya dengan syarikat? Sedangkan di waktu itu dia sudah tidak diperlukan langsung kerana segalanya sudah diselesaikan oleh orang lain.
Analogi di bawah mungkin lebih tepat untuk menggambarkan betapa integritinya tercalar:
Mengapa Allah menjadikan waktu-waktu tertentu untuk solat dan kita harus menepatinya tanpa boleh diubah-ubah? Ya..Allah sedang mendidik untuk kita menghormati waktu dan berdisiplin dalam mengerjakan amal ibadat. Tambahan pula solat yang dikerjakan di awal waktu lebih tinggi nilainya berbanding di pertengahan apalagi di akhir waktu.
TumpuanNYA lebih terarah kepada hamba yang mementingkan disiplin waktu dalam menghambakan diri kepadaNYA.
Sahabat..dalam mengerjakan urusan dunia, kita tak boleh lari untuk mencipta alasan di akhirat...kerana kita tetap terikat dengan 'hablumminannas' juga 'hablumminallah'.

No comments:
Post a Comment