Sewaktu makan malam bersama, mereka berkongsi cerita mengenai musim sejuk yang terpaksa ditempuh. Oohh...cerita mereka menggamit hatiku untuk tidak merungut dikala menghadapi kemarau panas di Malaysia.
Mereka kekurangan vitamin D dan keadaan diri menjadi amat lesu kerana dipengaruhi cuaca yang muram. Jika tidak kuat semangat melawan, harus mereka tidur di sepanjang hari. Terdapat beberapa kes kejadian bunuh diri disebabkan kemurungan diri atas faktor cuaca!
Magnus (rakanku yang bercerita) mengamalkan senaman dan jogging mahupun ke 'gym' untuk mengelak dari berlaku kemurungan dan keletihan melampau. Terdapat juga mereka yang sedari awal tahun mengumpul duit untuk keluar dari kemelut 'kegelapan' di negara mereka...melancong ke negara Asia. Ya Allah...bersyukur sangat aku yang lahir di tengah garisan Khatulistiwa!!!
Catatan pengembara - Lapangan Terbang Arlanda, Sweden 28 Feb 2014
Bermula September, 'winter season' mula menerjah negara Eropah sehingga Januari. Suhunya boleh mencecah 0'c dan negatif 4'c di malamnya. Keadaan mula menjadi muram kerana sinaran matahari amat-amat terbatas munculnya. Terbit pukul 10 pagi dan terbenam seawal pukul 2 petang! Selebihnya hanya ditemani cahaya lampu.
Mereka kekurangan vitamin D dan keadaan diri menjadi amat lesu kerana dipengaruhi cuaca yang muram. Jika tidak kuat semangat melawan, harus mereka tidur di sepanjang hari. Terdapat beberapa kes kejadian bunuh diri disebabkan kemurungan diri atas faktor cuaca!
Sedang makan, aku terasa semacam tergigit batu. Aahhhh...bila kukeluarkan, rupanya gigi gerahamku yang paling belakang yang memang sedia longgar dah tercabut. Ditakdirkan sejak azali bahawa gigi tersebut bakal tertanggal di bandar Uppsala, Sweden. Gigiku patah tepat pada waktu dan tempat, qada' dan qadar NYA telah terlaksana..Subhanallah!
No comments:
Post a Comment