Kekadang hidup terasa kehilangan...badan sihat, wang ringgit Alhamdulillah, keluarga menyenangkan tetapi masih lagi dicuit sesuatu yang hilang. Bak bermain 'puzzle'...99% lengkap, masih tercari-cari hanya satu cebisan yang tertinggal.
Itulah kaitan solat dengan Yang Maha Pencipta. Solat merupakan sesi komunikasi kita dengan Allah. Kata para Ulama', jika ingin Allah berbicara dengan kita..bacalah al Quran kerana kata-kata di dalam kitabullah itu untuk para hambaNYA.
Jika kita pula yang ingin berbicara dengan Allah, solatlah kerana di dalam solat penuh dengan pengharapan, permohonan, pengaduan jua pengakuan pengabdian kita kepadaNYA.
Berbicaralah mahupun menangis di dalam solat kerana DIA amat suka kepada yang benar bersungguh-sungguh mengadu dan merintih kepadaNYA.
Oleh itu lihatlah hubungan kita dengan ALLAH...SOLAT. Jika solat sempurna, Insyaallah hidup bisa menjadi sesempurna mungkin...kerana kita sedang berdamping dengan YANG MAHA SEMPURNA!!!
dariku buatku...
dariku buatku...
No comments:
Post a Comment