Maha Suci Allah yang mencipta manusia berbagai bangsa, keturunan, adat budaya yang berbeza antara kaum dan pelbagai perbezaan mewakili puak-puak tertentu. Tentu ada rahsia di sebalik segala penciptaan hebat itu.
Boleh sahaja Allah cipta manusia dengan satu bangsa sahaja contohnya bangsa Arab di mana ramai para Nabi berasal dari bangsa itu. Kesannya dunia menjadi beku dengan perkara yang sama bakal ditempuh setiap hari. Bahasa Arab, makanan Arab, adat budaya Timur Tengah, rumah Arab yang sama bentuknya dan segala macam benda yang sinonim. Hilang ceria gemilang dunia.
Hikmah di sebalik semua itu adalah Allah suruh kita untuk berhubung dan bersosial dengan bangsa yang berlainan, terima keadaan mereka seadanya walau tidak secocok dengan adat resam keturunan sendiri. Digalakkan perkahwinan berlainan bangsa agar perkembangan zuriat tidak statik dan tertumpu kepada bangsa sendiri. Dan yang lebih penting, agama Islam seharusnya merentasi bangsa, keturunan, adat dan budaya.
Islam bukan milik bangsa Arab, tidak juga Melayu, bukan Cina dan bukan juga milik bangsa India. Islam adalah universal tetapi tidak menafikan cara hidup sesuatu bangsa mahupun kaum setempat. Hiduplah dengan cara sendiri dan Islam hadir memberi panduan di mana batasan yang sepatutnya dihadkan.
Bangsa Melayu jangan berbangga dengan agama Islam yang mereka anuti. Jika agama yang syumul itu hanya menjadi ritual kepada sesuatu program, tahulah kita di mana letaknya tahap keimanan seseorang itu. Lebih cemerlang bagi mereka yang memeluk Islam atas hidayah Allah kerana sifat mencari dan ingin tahu itu mendesak si kafir untuk mengetahui apa itu Islam.
Berapa ramaikah bangsa Melayu mendesak hati untuk mengetahui kesyumulan agama yang mereka anuti itu? Yang nyata banyak pula berlaku si Melayu mendengar ceramah mahupun syarahan dari bangsa Cina mahupun India Islam.
Definisi Melayu seperti yang digariskan oleh bangsa Melayu sendiri ialah seseorang yang beragama Islam, bahasa ibundanya adalah bahasa Melayu dan mengamalkan cara hidup Melayu.
Bangsa Melayu apabila melahirkan bayi, secara automatis akan menjadi Islam...Alhamdulillah. Tetapi risikonya besar kerana bangsa ini sudah tidak mahu lagi menggali ilmu Islam. Apa yang diajar di waktu kanak-kanak akan dibawa hingga kemati. Jika wuduk dan solat secara praktisnya diamalkan sedari kecil, maka cara berwuduk dan solat zaman kanak-kanak itu yang diamalkan sampai ke tua!
Bayangkan bacaan fatihah yang merupakan rukun yang menentukan sah atau tertolak solat, dipelajari tonasinya sewaktu kanak-kanak. Adakah gaya bacaan yang sama tidak perlu kepada pembelajaran tajwid dan bentuk hukum hakam serta idgham bagi menghalalkan bacaan agar diterima Allah solatnya?
Di sinilah terletak risiko umat Islam yang lahir dari generasi dan legasi. Berbangga dengan agama Islam tetapi memekik memboikot barangan Cina...yang bakal menyalakan api perkauman. Mengaku penganut agama langit tetapi menyebar video lucah di arena politik bagi menjatuhkan seteru. Mengimarah Maulidurrasul, di waktu yang sama merancang rampasan kuasa kerajaan dan berhimpun menyatakan bantahan sehingga menyukarkan kehidupan masyarakat sekeliling.
Jangan berhenti menggali ilmu syariat terutama bagi memantapkan solat. Bermula solat yang mantap menatijahkan kehidupan yang diredhai Allah. Apabila Allah redha, penduduk langit akan turut mendoakan insan tersebut. Jadilah kehidupannya teratur dengan rasa kasih sayang yang melimpah ruah terhadap siapa jua. Tiada lagi timbul soal bangsa dan keturunan. Semuanya dirasa sama di sisiNYA kecuali yang bertakwa.
Benarlah kata-kata Hukamak...Islam terhijab oleh kelakuan umatnya. Kelam jadinya Islam itu.

No comments:
Post a Comment