Manusia sering berasa resah, gelisah, merungut, membentak jua menggila jadinya apabila hadir sesuatu yang di luar jangkaan. Apatah lagi yang hadir itu bukan merupakan ujian ringan tetapi penuh rintangan menduga keimanan. Jika ditolak ke tepi musibah alam, ia boleh jadi dugaan muflis, dikejar along, rumah disita, nama disenaraihitam atas urusan kewangan, tanah tergadai, suami atau isteri berlaku curang, anak membawa masalah...eerrmmm seribu satu malam bercerita pasti tidak ketemu noktah, begitulah sebatinya masalah dan dunia.
Perlukah kita melatah sehingga habis kebahagiaan diratah masalah? Ujian yang berupa masalah pasti menimpa setiap yang bernama manusia. Jangan lupa, haiwan juga mempunyai masalah. Bezanya haiwan melepasi masalah itu dengan nafsu tanpa panduan akal fikiran.
Apa mesejnya di sini? Ya, kita sebagai manusia yang dicipta begitu mulia berbanding haiwan, pokok, angin, tanah, gunung-ganang, seharusnya menggunakan akal yang diberi bagi mencari jalan penyelesaian, tidak menurut nafsu.
Jika boleh diimbas-imbas kisah kehidupan yang berlaku di sekeliling kita. Membuat pinjaman along...kita tahu kesannya amat perit tetapi atas desakan hidup yang terlalu menekan, diketepikan rasa apa yang dipanggil menggantung diri sendiri.
Mengapa masih meneruskan niat bahaya itu? Yang bahaya bukan hanya diri sendiri tetapi melibatkan isteri, anak-anak dan kaum keluarga. Dahlah kaum keluarga terancam, jiwa pula merana jadinya kerana yang tidak bersalah turut sama terbabit. Bukankah kita telah dianugerahi akal untuk berfikir? Tiada beza nampaknya manusia dengan sang tikus yang ingin mendapatkan kepala ikan goreng di dalam perangkap yang dipasang. Tikus pula nampaknya lebih jujur kerana ia tidak dibekal akal untuk berfikir buruk baik sesuatu perkara yang dilakukannya.
Bagaimana pula dengan perceraian di awal perkahwinan atau yang lebih 'mencemar duli' bercerai di usia senja. Emosi mengatasi serasi...akal tolak ke tepi, buta fikir tentang anak-anak, pasangan yang telah banyak berkorban dan harta sepencarian. Apa beza manusia dengan lembu? Mengawan, dapat anak dan sijantan terus memburu kehidupan lain.
Sebenarnya segala musibah, dugaan, ujian dan apa sahaja yang memeritkan itu adalah BAHASA TUHAN. Anugerah Allah kepada makhluk ciptaanNYA yang dimuliakan...untuk manusia berfikir tentang kesilapan yang dilakukan agar mereka kembali semula ke landasan yang betul.
Nak jadi Firaun? Haman? Qarun? Boleh...Allah akan lemparkan kesenangan dan segala kemudahan nikmat dunia sehingga kita terleka untuk kembali bergantung kepadaNYA. Mahu ke jika itu yang berlaku?
Kita bukan Nabi Musa yang boleh berbicara dengan Tuhan di Bukit Tursina. Kita bukannya Nabi Muhammad yang juga berkomunikasi dengan Tuhannya di dalam peristiwa Isra' Mi'raj. Kita hanyalah manusia 'dungu' yang tak layak berdamping denganNYA!
Justeru, bagaimana cara manusia 'dungu' menerima mesej dari Tuhannya? Ya...DIA beri rasa sakit, merana, fakir, muflis...tetapi jangan hilang pedoman!
Pernah seseorang berkongsi kisah benarnya denganku dan aku meminta izin darinya untuk memapar pengalaman berharga itu di ruangan blog ini.
Dia membeli rumah baru yang masih di dalam pembinaan. Setiap bulan dia harus memberi komitmen untuk membayar wang progres bertahap-tahap mengikut peratusan yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Pembinaan rumah tidak mengikut tahap waktu yang ditetapkan, 2 tahun berlanjutan ke 4 tahun. Masih digagahinya untuk membayar mengikut jadual.
Rumah siap dan proses pembayaran 100% telah bermula. Bermulalah pula masalahnya kerana di waktu yang sama anak-anak di Universiti dan kolej perlukan pembiayaan ditambah lagi dengan kesihatan salah seorang anaknya yang perlukan rawatan lanjut di hospital pakar.
Dia buntu...serasa mahu dilepaskan sahaja komitmen terhadap rumah. Meminjam along? Dia masih waras! Tunggakan bank sudah melewati bulan ketiga dan surat-surat amaran peguam terus menerjah. Dia pasrah...Apa yang dilakukannya? Ini yang aku teruja hendak bercerita...
Dia tidak melatah, itulah warisan iman yang memelihara dirinya. Dia tingkatkan amalan, tidak melepaskan peluang berjemaah di surau. Kebetulan di bulan puasa, dia bertarawih penuh dan bertadarus Quran. Ditambah banyak amalan sunat, berjaga malam dan banyak bersedekah dalam keadaan tidak berharta...setakat kemampuan sendiri.
Di kala itu jika pihak bank mahu melelong rumahnya, dia nekad akan berpindah ke rumah sewa...jika itu takdirNYA, dia redha.
DIA tidak buta dan tuli...DIA MAHA MELIHAT DAN MENDENGAR. DIA melihat hamba yang sedang sengsara tetapi di waktu yang sama bermunajat kepadaNYA. DIA mendengar keluhan sayu hamba itu yang memohon dipermudahkan segala urusan. DIA berkenan dengan sifat hamba itu yang tidak gelojoh dan menggunakan akal yang diberi untuk mendekatkan diri yang selama ini alpa. DIA TAHU BAHAWA HAMBA ITU MENGERTI APA ITU 'BAHASA TUHAN'!!!
Allah buka pintu rezeki buatnya, tidak terjangka di waktu terdekat majikannya menghulurkan surat kenaikan pangkat. Bulan berikutnya dia menerima habuan merit kenaikan gaji.
Subhanallah...segalanya selesai dalam sekilas pandang. Pendapatannya lebih dari mencukupi untuk dia berkomitmen dengan bayaran ansuran rumah!
Tetapi dia tidak leka...segala amalan waktu susah dahulu dipraktikkan sehingga sekarang atas rasa terimakasih yang tidak terhingga ke atasNYA. Sebagai seorang hamba pula, dia bersyukur atas BAHASA TUHAN yang menyedarkannya dari lena.
Bahasa Tuhan tidak berlenggang lenggok, meliuk lentuk, berbunga seni...ia bahasa yang hanya boleh dilihat dari matahati yang jernih...dengarlah!!!

No comments:
Post a Comment