Translate

Wednesday, 10 June 2020

Ebit Lew Menegur

Galak kita melihat Ebit Lew bercerita tentang keluarga..tentang isteri yang digelar bidadari juga tentang anak²nya. Dipromosikan segala kelemah lembutan dan kasih sayang dalam hidup berkeluarga. Dibelikan hadiah² mahal buat bidadari yang disayangi.

Rasa²nya Ebit Lew nak menunjuk² kehidupan beliau yang penuh mawaddah tu?

Aa aaa...tunggu dulu...sebelum prejudis mengambil tempat, kau kena kenal siapa Ebit Lew.

Beliau berasal dari keluarga susah. Yuran belajarnya kekadang ditanggung orang yang prihatin. Bila mula belajar hidup berdikari, beliau tidur di masjid. Makanannya bercatu tetapi tak pernah meminta² apa yang kurang.

Dalam mencari kebenaran, beliau menghayati dengan bersungguh² cara hidup Islam. Rasulullah menjadi idola.

Beliau tegar turun padang bagi menarik golongan² jahil yang terbiar untuk kembali kepada fitrah. Beliau nampak kepincangan yang berlaku...segala²nya bermula dari keluarga. Pada pemerhatiannya, keluarga Melayu Islam tidak mempraktik cara hidup Islam. Suami isteri kerap berkonflik, anak² sering dimarahi. Kasih sayang dalam hidup berkeluarga menjadi terlalu asing sifatnya.

Yaa...di sinilah bermula misi beliau untuk membetulkan segala yang pincang...setakat yang termampu. Dipromosi bantuan² untuk masyarakat yang terbiar termasuklah...

MENUNJUKKAN KASIH SAYANG DALAM KEHIDUPAN BERKELUARGA!

Dipimpin tangan isteri bidadari, dikucup dahinya. Dipeluk anak² yang sedang membesar dengan erat. Disebarluas foto² kehidupan berkasih sayang sebagai contoh didikan yang perlu dipraktik. 

Beliau gunakan sepenuhnya gelaran selebriti bagi mempengaruhi masyarakat ke arah kehidupan Islam.

Ebit Lew sedang mendidik masyarakat kita tentang cara hidup Islam!

Mesej beliau...kita semakin jauh dari semua itu!


2 comments:

  1. Dakwah bil hal dengan menunjukkan teladan yang terbaik. Tunjuk bukan kerana riak, tetapi tunjuk bagi menggalakkan yang lain juga berbuat kebaikan yang sama bahkan lebih baik

    ReplyDelete
  2. Sebagai teladan. Berinfaqlah secara terang mahupun sembunyi. Betulkan niat.

    ReplyDelete