Translate

Thursday, 18 June 2020

Mak Tak Bagi Balik

Suasana di asrama semuanya sama. Pelajar akan ditempatkan di dorm masing² dan diberi kemudahan asas seperti katil, tilam, bantal dan almari. Selebihnya, kenalah sediakan sendiri...seperti makanan tambahan untuk kudapan mahupun duit belanja.

Aku? Alhamdulillah sepanjang berada di asrama, tak pernah putus wang saku yang bapak beri. Petang² waktu santai, bolehlah ke gerai berdekatan pekena karipap dan teh tarik Pak Mail di tepi simpang masuk ke asrama.

Aku tak pernah terfikir yang ada di kalangan kami yang tiada duit belanja...MANA MUNGKIN! getus hatiku.

Errmmm...itu kisah di tahun 80an di zaman persekolahan. Aku bersama teman² asrama riang ria dan gelak ketawa bersama.

Hari ini...dalam menjangkau usia setengah abad, sebuah telemovie yang disiarkan di TV3 mencarik2 hati yang jahil sebelumnya. Hati yang buta bersama hilai tawa teman² sekolah. Perkataan MANA MUNGKIN yang dicetus minda remaja, dicantas agak lewat usia.

Banyak sangat kemungkinan² yang terjadi tanpa kita sedar dek terlindung dari harga diri mereka yang menjaganya.

Mereka tiada wang saku...kalau adapun, hanya cukup² untuk tambang bas balik ke kampung. Sebab itulah kelibat mereka tak kelihatan di warung² di petang hari.

Mereka tak balik ke kampung di kala pelajar² lain dijemput balik oleh keluarga dengan kenderaan masing². 

Sebab apa mereka tak balik? MAK TAK BAGI BALIK! Kalau balik, nak makan apa? Adik beradik lain semua berpuasa setiap hari. Berbuka pula bersama lauk ikan sepat dibelah dua hasil tangkapan ayah di sungai. Kalau duduk di asrama tu, terjaga makan minum semua.

Kalau balik, ayah tiada duit nak beri tambang balik ke asrama. Musim hujan, ayah tak boleh pergi menoreh...tiada hasil.

Merintih hati Kaklong bila tiba waktu makan di dewan sebab teringat adik² yang lain tak cukup makan...sampaikan kaklong simpankan kuih² minum petang untuk dibawa balik ke rumah..nak diberi kepada adik². Sudahnya busuk semua kuih² tu...menitik airmata kaklong...Allahu!

Itulah kisah siaran telemovie yang aku percaya telah diadaptasi dari kisah benar yang banyak berlaku di kalangan masyarakat kita...AKU SAHAJA YANG JAHIL UNTUK MENYEDARINYA!!!

Terimakasih...MAK TAK BAGI BALIK.


3 comments:

  1. Syukur dengan rezeki yang ada. Ramai yang diuji jauh lebih hebat dari kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bersyukur sangat kita kan. Ujian datang pelbagai cara. Miskin ujian, kayapun ujian.
      Jangan pernh pertikai ketentuan Allah

      Delete
  2. Allah menjentikan erti keinsafan, agar kita jauh dari lalai dan lupa, kewajaran bersifat ehsan yang berpanjangan.

    ReplyDelete