Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap Menteri Agama kerajaan Malaysia baharu sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang didakwa disalah tafsir oleh pengamal media.
Kenyataan beliau yang terkini berkenaan isu khalwat dan maksiat di kediaman peribadi yang tidak lagi menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membenterasnya. Salah tafsir oleh The Star!
Tidak layak untuk aku berkomentar menganalisis kenyataan tersebut kerana hanya beliau dan pengamal media sahaja yang tahu naratifnya.
Hanya aku berpendapat, jika betulpun nak kawal maksiat menggunapakai method baharu iaitu yang lebih berhemah, tidak perlu kepada kenyataan awam. Menteri arahkan sahaja Majlis mahupun jabatan agama untuk melaksanakannya.
Orang awam takkan faham. Sudahnya keluar komen caca marba dan ikut emosi..tidak berilmiah langsung.
Dengan sedikit ilmu yang dimiliki, aku faham tindakan dan method baharu yang cuba diperkenalkan oleh Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Islam merupakan agama yang amat menjaga peribadi seseorang. Hujah Menteri tu betul, atas kapasiti Islam bukan agama mencari dan mengintip-intip aib orang.
Cara cegah maksiat dengan diiringi media massa dan dipertonton kepada masyarakat, adalah sesuatu yang terkeluar dari landasan Islam dan wilayah peribadi seseorang...mengaibkan.
Mereka yang melakukan maksiat secara sembunyi masih ada rasa malu dan tidak dilakukan di tempat awam..apatah lagi untuk berbangga-bangga menayang maksiat.
Maksiat awam yang perlu diambil tindakan adalah seperti pesta arak di hotel dan di premis-premis awam, pesta mandi buih di hotel dan program membuka aurat di pantai awam. Islam mengajar mencegah dan menghukum pada apa yang nampak jelas di hadapan mata.
Diambil contoh isu lgbt..harus dicegah apabila berlaku terang-terangan untuk mereka mahu menubuh persatuan dan mula menuntut hak eksklusif golongan mereka.
Berlaku di zaman Saiyidina Umar sewaktu menjadi khalifah, baginda pernah mengintip sebuah rumah yg disyaki penghuninya minum arak dan mabuk.
Apabila penghuni rumah dipanggil utk penjelasan, baginda ditegur kerana mengintip apa yang berlaku di dalam rumah..cara tersebut tidak pernah dilakukan di zaman Rasulullah. Saiyidina Umar akur!
Mengambil cadangan dari Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin:-
1. Pemberi maklumat hendaklah mereka yang nampak jelas maksiat berlaku seperti terserempak berdua-duan masuk ke bilik hotel...bukan mengekori dan mengintip-intip pergerakan pelaku maksiat.
2. Operasi pencegahan itu pula tidak boleh hanya berasakan 'tajassus' (mengintip) dan syak wasangka. Mengetuk pintu ke pintu dan memecah premis atas laporan yang tidak sahih adalah dilarang.
3. Tidak boleh dedahkan maksiat kepada umum melainkan untuk tujuan penghakiman. Tidak perlu pendedahan media massa dan internet kerana bakal mengaibkan sipelaku maksiat yang mungkin sudah bertaubat.
4. Tidak boleh menuduh orang yang berkhalwat itu berzina selagi tiada 4 orang saksi yang boleh dipercayai.
Islam tertegak bersama fakta..bukan auta.
Islam berdiri dengan segala kelengkapan isi..bukan emosi.
Begitu indah sebenarnya Islam, malangnya dikotori mereka yang tidak berhemah dalam melaksanakannya!

No comments:
Post a Comment