Baru-baru ini berlaku kejadian di kedai serbaneka 7Eleven di mana seorang gadis enggan memegang botol arak untuk dikira harganya yang mahu dibeli oleh pelanggan India. Video tersebut telah ditularkan yang diambil sendiri oleh pelanggan terbabit.
Apa isunya? Tentulah rasa tidak puas hati pelanggan terhadap juruwang yang tidak memberi perkhidmatan yang sewajarnya.
Betul ke tindakan juruwang Melayu tu? Secara asas, memang betullah tindakannya mempertahankan sekelumit iman untuk mengelak dari memegang produk haram tersebut.
Tetapi penulis percaya bahawa gadis tersebut tahu bahawa premis di tempat kerjanya memang menjual arak. Sebagai juruwang, tentu dia sedar akan peranannya untuk mengira apa sahaja produk yang mahu dibeli oleh pelanggan, tidak terkecuali arak!
Bagi penulis, jika sudah tahu dan tidak mahu terlibat dengan jual beli arak, seharusnya gadis tersebut tidak memilih kerjayanya di kedai 7 Eleven.
Eerrmmm tetapi itu telahan logik akal penulis sahaja. Mungkin gadis tersebut mempunyai justifikasi sendiri..entahlah.
Penerbangan Malaysia sendiri memang menyediakan minuman alkohol secara percuma ke destinasi jauh untuk pelanggan yang yang bukan Islam. Anak-anak kapal yang Muslim sudah sedia maklum akan perkara tersebut.
Jika tidak mahu terlibat, elakkan dari menerima kerjaya glamor tersebut. Tetapi apabila sudah menerimanya, terpaksalah minuman tersebut dipegang, dituang dan disuakan kepada pelanggan..bukan begitu?
Tidak pula aku bertemu situasi keengganan anak-anak kapal untuk menuruti SOP tersebut...tidak pernah berlaku kekecohan di dalam pesawat sepanjang aku bermusafir.
Segalanya terpulang kepada diri sendiri. Iman diletak seawal membuat keputusan atas sesuatu perkara berbanding di pertengahan kerjaya kerana jika surat tawaran sudah ditandatangani bermakna akad kerjaya sudah diterima maka kita bakal tertakluk kepada apa sahaja peraturan dan 'Job Description' bidang tugas tersebut.
Menurut sebuah hadis, jika kita tidak mampu mengubah sesuatu perkara maksiat dengan 'tangan' (kuasa), ubahlah dengan 'mulut' (tegur). Jika tidak mampu juga..ubahlah dengan 'hati' (tidak redha). Itulah selemah-lemah iman.
Maksud tidak redha...kita tinggalkan sesuatu perkara dan jangan dituruti!
Tetapi jika sudah menceburinya..harus tanggung sendiri kerana pilihan itu adalah pilihan sendiri!
Sekali lagi, penulis tidak tahu latar belakang gadis tersebut. Mungkin dia ada alasan tersendiri yang tidak kita ketahui.
Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment