Syarat mati bukan berusia lanjut, rambut dipenuhi uban, terlantar berpanjangan, juga yang berpenyakit 3 serangkai. Mati pasti hadir tepat waktu..punca mati? Ia bakal menyusul menurut sunnatullah.
Mengapa perlu mati? Kerana perancangan Tuhan telah menetapkan begitulah susun atur alam yang tertakluk di bawah arahanNya. Dunia dijadikan tempat untuk menyemai benih sehingga mengeluarkan hasil..dipetik, dituai untuk kelangsungan hidup. Bagaimana kita menguruskan kehidupan?...di situlah persediaan yang harus dijawab di alam transit kelak.
Ralit menonton tv, mesej dari aplikasi 'whatsapp' menerjah masuk. Berita kematian sahabat baik yang sama-sama berjuang di dalam kerjaya masing-masing.
Berita kematiannya amat mengejutkan. Baru sahaja 2 hari lepas bersua muka di majlis 'townhall' bersama CEO baru. Airmukanya tenang seperti biasa tetapi hari itu beliau seakan tidak mahu berbual-bual denganku. Beliau banyak berdiam.

Kami menjadi mesra apabila terpilih untuk diletakkan di bawah program 'pembangunan bakat kepimpinan' yang telah melepasi beberapa ujian kelayakan. Arwah bersama aku di dalam satu kumpulan.
Aahhhh...bila bercakap, tidak lekang senyum di bibir. Suka bergurau dan tidak pernah melanggar batas sempadan privasi diri. Ya, semua akui bahawa arwah seorang yang amat disenangi karekternya.
Aahhhh...bila bercakap, tidak lekang senyum di bibir. Suka bergurau dan tidak pernah melanggar batas sempadan privasi diri. Ya, semua akui bahawa arwah seorang yang amat disenangi karekternya.
Berita kematiannya amat mengejutkan. Baru sahaja 2 hari lepas bersua muka di majlis 'townhall' bersama CEO baru. Airmukanya tenang seperti biasa tetapi hari itu beliau seakan tidak mahu berbual-bual denganku. Beliau banyak berdiam.
Kekadang tujahan soalan monolog diri tidak mampu untukku elak..."mengapa orang baik-baik cepat sangat pergi meninggalkan kita? Sudahnya yang tinggal banyak menyakitkan hati, mengguris perasaan, menempelak sesuka hati, merendah-rendahkan yang lain!"
Serasa aku jua ingin turut serta dalam mendiami alam transit bernama 'barzah' untukku larikan diri dari segala yang luka, terluka dan dilukai.
Tetapi bukan begitu bicara mereka yang beriman. Setiap kejadian dan setiap yang hadir, pasti membawa hikmah di sebalik naratifnya.
Mahu ke alam transit? Hajat itu pasti hadir...pasti! Masanya bakal tiba kerana kita semua merupakan calon-calon jenazah yang menunggu angka giliran untuk namanya diumum...bersedialah wahai diri.
Monolog diri menujah lagi. "apa cerita jika kita baharu sahaja menyakiti hati pasangan dan keluarga. Bertengkar bersama rakan sekerja, mengumpat sesama kita tentang keburukan yang lain...tup-tup Malaikat maut hadir di hadapan wajah dengan janji yang tepat menunjuki tarikh tamat tempoh kehidupan kita...aaahhhhhhhh".
Aku tidak mahu terjerat dalam konflik kehidupan yang dipenuhi watak-watak lanun. Biarlah...biarlah hati ini sahaja yang dirobek-robek tenangnya. Biar sahaja aku yang menanggung segala sarat dan keladak hidup buatan kerenah manusia sekitar...jangan aku yang memperlaku insan sebegitu.
Biar aku yang dilambakkan dengan surat peringatan mahupun amaran..buatan tangan manusia..biar, walau kebenaran berpihak kepadaku. Surat itu juga merupakan mesej dari Allah untuk menduga hamba-hambanya yang mengaku beriman. Juga buatku rasa lebih berhati-hati dengan kakitangan bawahan.
Takut aku kepada hadirnya Malaikat maut yang tidak pernah culas dengan kerjanya...melebihi dari egoku untuk bertengkar menegak kebenaran sesama manusia. Hanya kupinta agar Allah beri aura sabar yang tinggi untuk aku mendepani mehnah hidup.
Kerana Evolusi Jiwaku sedang mengembara menuju ke satu destinasi abadi...infiniti!
Mahu ke alam transit? Hajat itu pasti hadir...pasti! Masanya bakal tiba kerana kita semua merupakan calon-calon jenazah yang menunggu angka giliran untuk namanya diumum...bersedialah wahai diri.
Aku tidak mahu terjerat dalam konflik kehidupan yang dipenuhi watak-watak lanun. Biarlah...biarlah hati ini sahaja yang dirobek-robek tenangnya. Biar sahaja aku yang menanggung segala sarat dan keladak hidup buatan kerenah manusia sekitar...jangan aku yang memperlaku insan sebegitu.
Biar aku yang dilambakkan dengan surat peringatan mahupun amaran..buatan tangan manusia..biar, walau kebenaran berpihak kepadaku. Surat itu juga merupakan mesej dari Allah untuk menduga hamba-hambanya yang mengaku beriman. Juga buatku rasa lebih berhati-hati dengan kakitangan bawahan.
Takut aku kepada hadirnya Malaikat maut yang tidak pernah culas dengan kerjanya...melebihi dari egoku untuk bertengkar menegak kebenaran sesama manusia. Hanya kupinta agar Allah beri aura sabar yang tinggi untuk aku mendepani mehnah hidup.
Kerana Evolusi Jiwaku sedang mengembara menuju ke satu destinasi abadi...infiniti!
Al Fatihah untuk allahyarham Hasan Basri Harun...
No comments:
Post a Comment