Di dalam percutian baru-baru ini, kami singgah di sebuah kedai makan bagi menjamu selera tengahari. Pilihan kami tentunya kedai yang persekitarannya bersih selain dari kualiti makanan yang enak.
Ya...kedai itu bersih sehingga menaikkan selera kami ditambah dengan lauk-pauk yang pelbagai. Dari masa ke samasa, kelihatan makin ramai pelanggan yang datang...'pelanggan tetap' agaknya. Tak hairan kerana juadahnya memang enak.
Sedang kami menjamu selera, datang pula seorang pekerja ke meja kami untuk mengira harga makanan lantas meletak cebisan kertas hasil kiraan. Terkejut aku...harga makanannya murah dan amat berpatutan.
Dalam kemelut harga barang yang ditujah-tujah naik, jarang ada kedai makan yang semurah ini. Aku meneka-neka di mana justifikasi tuan kedai yang boleh menyerap kenaikan harga barang.
Haaaaa!!! Dalam memerhati sekeliling, aku yakin sudah ketemu jawapan...logiknya ada di situ.
Kedainya berkonsep layan diri. Dari menceduk nasi, mengambil lauk hinggalah mendapatkan air. Semuanya dilakukan sendiri oleh pelanggan. Yang menariknya, jenis-jenis air sudah disediakan di dalam bekas yang berlainan. Contohnya, ada air sirap, oren dan teh o dan potongan limau disediakan di dalam mangkuk. Pelanggan yang mahu air sirap limau, akan ambil air sirap dahulu lalu diperah limau yang sudah tersedia. Pelanggan yang mahu air teh o ais limau, akan tuang air teh o, perah limau dan ambil beberapa ketul air batu.
Jadinya, majikan tidak perlu menggaji seorang pekerja di bahagian minuman kerana semuanya sudah disediakan terlebih dahulu. Bermakna majikan boleh jimat RM800 sehingga RM1200 sebulan. Penjimatan itu disalurkan untuk potongan harga makanan. Disitulah terletak rahsia harga makanan yang murah. Harga murah, kualiti dijaga, pelanggan ramai, untung berlipat ganda! Hhmmm...teori ekonomi yang cantik dan seimbang...majikan yang bijaksana.
Eerrkkkkkk...Alhamdulillah, sendawa kami berbaloi..heheee.

No comments:
Post a Comment