Di dalam latihan fasa terakhir untuk kami melengkapkan empat modul 'Train The Trainer', salah satu modulnya membincangkan tentang 'integriti'. Ia membawa maksud 'harga diri' yang tidak mungkin dapat diterjemah melainkan dengan kita menjalani rutin hidup seharian. Disiplin, jujur, amanah, menepati waktu adalah di antara rencah yang diadun bersama sebuah integriti.
Tronoh, Perak.
Terjemahan itu pula bukan atas dorongan mahupun suruhan sesiapa...ia beserta keikhlasan yang mengharap redhaNYA sahaja. Ia pula merupakan rahsia seseorang yang hanya dia dan Allah sahaja yang tahu betapa keikhlasan hadir bersama harga dirinya.
Aku pula telah ditanya oleh fasilitator tentang 'integriti'.
"En Azizi, jika rating 1 adalah yang terburuk dan rating 10 adalah yang terbaik...di mana anda meletak peribadi anda di tempat kerja untuk dikaitkan dengan integriti".
Tersentak aku dari lamunan oleh terjahan soalan itu...tetapi spontan aku menjawab.
"Integriti yang berkait dengan ikhlas itu adalah seperti semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di malam yang gelap. Saya sendiri tak berani menilai tahap mana untuk saya letakkan integriti diri saya. Biarlah mereka yang di luar meletak rating untuk saya...saya terima".
"Kadang-kadang saya sendiri meragui perbuatan baik yang saya lakukan, adakah kerana mengejar KPI untuk tidak melepas habuan di hujung tahun ataupun ia benar-benar ikhlas untuk saya lakukan tanpa ganjaran".
Fasilitator tersenyum dengan jawapan itu...aku membalas senyuman berserta anggukan yakin.
Aku malu untuk menilai kebaikan sendiri...jika bukan kerana Allah yang sebenarnya memberi ilham kepadaku untuk berbuat demikian...hhmmm.
Tronoh, Perak.
No comments:
Post a Comment