Hari itu aku terima satu kiriman video yang memaparkan satu kejadian 'ajaib' di Masjid Nabawi, Madinah. Kubah Masjid yang asalnya berwarna hijau telah dicemari warna merah di bahagian atas kubah. Dikatakan bahawa itu tanda kemarahan Nabi. Versi lain mengatakan telah tiba hari kemunculan Imam Mahdi. Banyak lagi andaian-andaian lain ke atas viral video tersebut.
Nak tau apa perkara sebenar yang berlaku? Setelah diselidiki, sebenarnya cahaya merah tersebut berpunca dari pantulan cahaya lampu merah yang terletak berdekatan kubah Masjid Nabawi. Lampu merah tersebut sudah lama tidak digunakan yang mana dahulu kegunaannya adalah bertujuan memberi isyarat masuknya waktu maghrib dan waktu berbuka puasa di bulan Ramadhan.
Lampu merah tersebut dinyalakan semula atas arahan pihak atasan masjid.
Lihatlah betapa umat Islam di akhir zaman ini begitu teruja dengan segala yang pelik dan ajaib. Cepat sahaja ingin menjadi orang pertama yang menyebarkan keajaiban yang tertera di hadapan mata.
Sedih melihat keadaan mereka. Mereka terlupa dan tidak terarah kepada 'keajaiban hati' untuk melawan fitnah dunia dan segala pembohongannya.
Benarlah Hadis Nabi bahawa umat Islam di akhir zaman jumlahnya ramai tetapi tidak lebih dari hanya sebagai buih-buih di lautan yang hanyut mengikuti tujahan ombak ke kiri dan kanan.
Inilah mentaliti umat akhir zaman!
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". (Al Hujurat:6)
No comments:
Post a Comment