11 Mac
@ jam 0930 - Sebelum bertolak, aku menghadiri taklimat dari ketua jabatan membabit isu-isu halal syarikat. Sedikit nasihat diberi olehnya untuk misiku. Aku banyak belajar darinya juga banyak menderita kerananya (menderita atas kapasiti carakerja yang sering menolak kami ke hadapan sehingga terkadang melangkaui kemampuan dan akal fikiran). Kepercayaannya yang jitu membuat aku cepat belajar tentang selok belok dan kerenah pengurusan.
@ jam 2000 - Persiapanku berjalan lancar. Seperti biasa sebelum berlepas, aku akan menagih restu ibu. Aku meletak prioriti untuk tahap ini atas keyakinanku kepada Nas Hadis yang bermaksud "redha Allah terletak kepada redha kedua ibubapa".
Mendengar suara ibu di hujung talian sudah cukup melegakanku. Aku tak sudi membayang kiranya ibu sudah tiada (sepertimana ayah). Siapa lagi yang mampu mengambil alih peranan itu. Jadi, ruang dan peluang ini kuambil agar aku boleh rakam sebanyak mungkin segala nasihat mahupun kata-kata perangsang ibu. "Mak tahu awak boleh buat". Ringkas tapi amat memberi kesan pada aku yang mendengar sehingga aku dapat merasai bahawa kata-kata itu amat benar dan jujur tonasinya.
Pengembaraanku bermula...siri travelog seorang AKU...Kochin, India.
Di dalam pesawat - dalam sedang leka membaca, ekor mataku ternampak pemuda di sebelah menoleh beberapa kali ke arahku. Bacaanku terganggu lantas aku berpaling kepadanya bagi memastikan aku tidak menjadi masalah ketidakselesaannya. Aaaahhh...aku ber'prejudis' lagi. Pemuda itu tersenyum untuk menjemput aku makan!!!
12 Mac
@ jam 0845 - Di hotel membuat persiapan. Aku memulakannya dengan solat Dhuha. Aku tak pinta rezeki wang berjuta mahupun kemewahan hidup...cukup untuk aku memohon agar urusan duniaku dimudahkan, kesihatanku terpelihara, keluarga yang kutinggalkan selamat dalam jagaanNya juga agar misiku selesai dengan jaya.
@ jam 0900 - Aku bersama mereka...misi menghalalkan sistem dan proses. Ucapan pembukaanku tampak lancar. Mereka terlalu mengharap sesuatu dariku...mereka terdesak atas kapasiti perniagaan yang memerlukan sehelai kertas. Sesuatu yang menjadi cabaran jua untukku menanganinya. Aku melatih gerahamku untuk menggigit kuat aura syari'atullah...aku tak menjanjikan apa-apa, cuma janjiku untuk berlaku adil...keadilan yang jauh dari meminta-minta, keadilan bahawa maruahku tidak boleh dijualbeli. Allah bersamaku.
@ jam 1400 - Aahh..nampak ketat raut wajah mereka. Agaknya penampilanku nampak serius. Untuk meredakan keadaan, aku mula berseloroh...kutepuk-tepuk bahu mereka menunjukkan yang aku bukan pengikut Jamalul Kiram III dan pengganas Sulu yang ingin menawan Sabah. Aku pemuda Islam yang hanya ingin memastikan konsep halal dipatuhi. Islam itu mudah dan aku berpegang kepada konsep itu. Perjalanan audit berjalan lancar. Mereka nampak mula ceria dengan sikap liberalku...aku sedang berdakwah kukira.
@ jam 1630 - Pulang ke hotel. Misi hari pertama tamat. Aku mengejar status jama' takdim jua qasar...Alhamdulillah sempat. Esok aku bakal menempuh perjalanan jauh dalam jarak pemanduan 250 km. Sesuatu yang sudah menjadi 'imun' buatku. Jauh perjalanan luas pemandangan terbuka pemikiran.
Melewati kata-kata tasawwuf, bantuanNya tidak tertakluk kepada hukum alam. Fizikal mungkin keletihan tetapi 'letih' itu juga makhlukNya. Makhluk itu akan tunduk patuh arahan Allah. Jadilah diri cergas dan kita tidak lagi berada di bawah status hukum alam yang normal. Aku cuba menerap konsep itu...berbekal yakin, Insyaallah.
@ jam 0930 - Sebelum bertolak, aku menghadiri taklimat dari ketua jabatan membabit isu-isu halal syarikat. Sedikit nasihat diberi olehnya untuk misiku. Aku banyak belajar darinya juga banyak menderita kerananya (menderita atas kapasiti carakerja yang sering menolak kami ke hadapan sehingga terkadang melangkaui kemampuan dan akal fikiran). Kepercayaannya yang jitu membuat aku cepat belajar tentang selok belok dan kerenah pengurusan.
@ jam 2000 - Persiapanku berjalan lancar. Seperti biasa sebelum berlepas, aku akan menagih restu ibu. Aku meletak prioriti untuk tahap ini atas keyakinanku kepada Nas Hadis yang bermaksud "redha Allah terletak kepada redha kedua ibubapa".
Mendengar suara ibu di hujung talian sudah cukup melegakanku. Aku tak sudi membayang kiranya ibu sudah tiada (sepertimana ayah). Siapa lagi yang mampu mengambil alih peranan itu. Jadi, ruang dan peluang ini kuambil agar aku boleh rakam sebanyak mungkin segala nasihat mahupun kata-kata perangsang ibu. "Mak tahu awak boleh buat". Ringkas tapi amat memberi kesan pada aku yang mendengar sehingga aku dapat merasai bahawa kata-kata itu amat benar dan jujur tonasinya.
Pengembaraanku bermula...siri travelog seorang AKU...Kochin, India.
Di dalam pesawat - dalam sedang leka membaca, ekor mataku ternampak pemuda di sebelah menoleh beberapa kali ke arahku. Bacaanku terganggu lantas aku berpaling kepadanya bagi memastikan aku tidak menjadi masalah ketidakselesaannya. Aaaahhh...aku ber'prejudis' lagi. Pemuda itu tersenyum untuk menjemput aku makan!!!
12 Mac
@ jam 0845 - Di hotel membuat persiapan. Aku memulakannya dengan solat Dhuha. Aku tak pinta rezeki wang berjuta mahupun kemewahan hidup...cukup untuk aku memohon agar urusan duniaku dimudahkan, kesihatanku terpelihara, keluarga yang kutinggalkan selamat dalam jagaanNya juga agar misiku selesai dengan jaya.
@ jam 0900 - Aku bersama mereka...misi menghalalkan sistem dan proses. Ucapan pembukaanku tampak lancar. Mereka terlalu mengharap sesuatu dariku...mereka terdesak atas kapasiti perniagaan yang memerlukan sehelai kertas. Sesuatu yang menjadi cabaran jua untukku menanganinya. Aku melatih gerahamku untuk menggigit kuat aura syari'atullah...aku tak menjanjikan apa-apa, cuma janjiku untuk berlaku adil...keadilan yang jauh dari meminta-minta, keadilan bahawa maruahku tidak boleh dijualbeli. Allah bersamaku.
@ jam 1400 - Aahh..nampak ketat raut wajah mereka. Agaknya penampilanku nampak serius. Untuk meredakan keadaan, aku mula berseloroh...kutepuk-tepuk bahu mereka menunjukkan yang aku bukan pengikut Jamalul Kiram III dan pengganas Sulu yang ingin menawan Sabah. Aku pemuda Islam yang hanya ingin memastikan konsep halal dipatuhi. Islam itu mudah dan aku berpegang kepada konsep itu. Perjalanan audit berjalan lancar. Mereka nampak mula ceria dengan sikap liberalku...aku sedang berdakwah kukira.
@ jam 1630 - Pulang ke hotel. Misi hari pertama tamat. Aku mengejar status jama' takdim jua qasar...Alhamdulillah sempat. Esok aku bakal menempuh perjalanan jauh dalam jarak pemanduan 250 km. Sesuatu yang sudah menjadi 'imun' buatku. Jauh perjalanan luas pemandangan terbuka pemikiran.
No comments:
Post a Comment