Alhamdulillah...minggu ke 13 sejarah dicipta di landskap Kemaman. Aku berkesempatan menunaikan solat Jumaat pertama sejak PKP diperkenalkan pada 18 Mac.
Masjid Kampung Bukit Anak Dara...patuh penuh pada SOP yang digaris oleh kerajaan. Pintu pagar utama dibuka 12.30 tghari dan ditutup 3 minit sebelum azan zohor.
Sesampai di pintu pagar masjid, 2 orang RELA wanita bersedia dengan penguatkuasaan pelitup muka dan bawaan sejadah sendiri. Tanpa peralatan tersebut...silalah balik!
Selepas cecair pembasmi kuman disembur pada tapak tangan, suhu badan diambil. 2 AJK masjid berada di kaunter menulis di buku log..nama, nombor telefon dan bacaan suhu badan.
Penjarakan saf ditanda di atas karpet sebagai panduan kepada jemaah mengambil tempat. Hanya solat sunat tahiyatul masjid sahaja yang dibenarkan sebelum bermula solat Jumaat.
Jarak di antara azan dan khutbah hanya mengambil masa sekitar 20 minit untuk dilengkapkan. Seusai solat...tiada doa, jemaah diarah bersurai.
Ringkas, padat dan teratur. Inilah di antara sebab Malaysia menduduki 5 negara terbaik dalam menangani pandemik COVID-19!!!
Rinduku pada masjid terubat di Kemaman, Terengganu...Allahu Akbar, Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment