Yang Berhormat...itulah gelaran kepada ahli-ahli politik yang memenangi pilihanraya DUN mahupun Parlimen. Bahagia sungguh rasanya bila gelaran YB berada di permulaan nama. Tertera di kad jemputan, kain pemidang juga disebut oleh juruacara majlis.
Lebih bahagia bila pihak istana berkenan menganugerahkan pingat yang membawa gelaran Datuk, Datuk Seri, Tan Sri dan sebagainya. Itulah dunia politik, dunia yang penuh bersamanya pangkat, kuasa, pengaruh dan jenama-jenama hebat menyelubungi hidup.
Berabad pengaruh tersebut hidup, seakan ianya milik yang kekal bagi sesebuah parti dalam menerajui kerajaan Malaysia. Politik dikuasai oleh mereka yang berketurunan elit, diwarisi turun-temurun. Jika Presiden parti berundur, ia bakal diganti oleh Timbalannya. Hirarki tersebut dituruti oleh jawatan-jawatan yang seterusnya. Ya, berlaku pemilihan tetapi kuasa dan wang bisa menewaskan mereka yang jujur untuk berjuang membawa perubahan. Jadilah parti tersebut milik dinasti tertentu.
Rakyat sudah jemu, bosan, muak dan entah apa lagi bahasa yang sesuai bagi mengekspresikan apa yang dirasa. Kehidupan ahli politik dipenuhi jenama-jenama hebat dan berkualiti.
Seminggu sebelum lawatan Menteri, orang kampung mula melakukan persiapan bak menyambut Raja Sehari. Hadir mereka 'wajibul ghunnah' untuk disambut dengan penuh meriah bersama kain rentang yang dipapar gambar Menteri sebesar saiz kain tersebut.
Gunting memotong reben harus dihias dan bersamanya para jelitawan mengiringi. Cek derma yang diberi mesti ditempah berukuran gergasi. Meja makan mereka diasing, hanya mereka yang tertentu sahaja terpilih dibenar berada di samping. Ucapan mereka diiringi tepuk sorak dan pulang mereka dibekal cenderamata yang setaraf kedudukan mereka.
Oowwhhh...keterlaluan amat penghormatan rakyat marhein ke atas orang-orang politik ini. Apa yang membuatkan budaya hormat berlebihan ini diamal? Kerana mereka berpangkat? Kerana kedudukan? Kerana mereka ada karisma berucap? Kerana jasa mereka dalam membangunkan kawasan tersebut?
Hormat tetamu...itu sudah menjadi kebiasaan dan budaya orang timur juga dianjur oleh agama Islam. Tetapi tak perlulah untuk kita berhabis-habisan dalam mengimarah mereka. Cukup sekadar bersederhana.
Mereka dilantik oleh rakyat, seharusnya mereka berkhidmat untuk rakyat. Mereka dipilih oleh masyarakat, mereka yang sepatutnya mengimarahkan masyarakat setempat. Mereka patut menegur penduduk setempat agar tidak perlu membuat persiapan yang keterlaluan..ianya bersifat membazir.
Mereka patut meletak prihatin yang tinggi dalam menelusuri kehidupan masyarakat, bukan hanya 5 tahun sekali baharu terpacul wajah mereka menawar perkhidmatan, di waktu sama meraih sokongan masyarakat setempat.
Dunia politik sudah berubah. Naratif perjalanan politik juga sudah menuju kepada citra baharu. Citra yang didominasi warga muda Gen Y. PRU 14 yang diwarnai 14.9 juta pengundi berdaftar dan 7 juta darinya merupakan pengundi golongan muda dan remaja. Golongan ini amat kritis dalam memerhati dunia sekitar dan tidak teragak-agak untuk membuat perubahan.
Kerajaan pimpinan baharu (PH) menyedari hakikat tersebut. Mereka memulai dengan pembentukan kabinet baharu berasaskan kelayakan berbanding kedudukan mereka di dalam parti. YB pula haruslah berjiwa rakyat dengan tidak terlalu memikirkan protokol.
Jarak orang pilitik dan masyarakat harus lebih hampir. Jangan bergaya keterlaluan lalu orang ramai berasa jauh terpinggir. Jangan berucap atau menjawab pertanyaan pemberita berbahasa 'mat salleh', lalu mereka tidak faham dan menjauhkan diri.
YB semua, beringatlah...pergerakan anda dipantau radar rakyat. Silap perhitungan, anda akan hanya bertahan untuk satu penggal sahaja. Berkhidmatlah dari asyik meraih hormat. Berbaktilah dari hanya duduk menanti.
Selamat bertugas YB!

No comments:
Post a Comment